User manual - EXTR35_M29_FA (Malay (macrolanguage))

121
Lampiran
. Langkah berjaga-jaga apabila menggunakan fungsi LAN wayarles
Produk ini menggunakan komunikasi data wayarles yang boleh menyebabkan
gangguan atau terganggu dengan peranti berdekatan lain.
Pintasan penghantaran radio
Sila maklum bahawa gelombang radio yang digunakan untuk menghantar dan
menerima data boleh dipintas oleh pihak ketiga.
Akses tidak sah
CASIO COMPUTER CO., LTD. dalam apa cara pun tidak bertanggungjawab
sekiranya berlaku akses tidak sah dan/atau penggunaan titik akses produk ini jika
produk hilang atau dicuri.
Guna sebagai peranti LAN wayarles
Guna fungsi LAN wayarles produk ini hanya mengikut arahan yang diterangkan
dalam manual ini. Sebarang penggunaan lain adalah penggunaan yang salah, dan
CASIO COMPUTER CO., LTD. dalam apa cara pun tidak bertanggungjawab bagi
sebarang kerosakan yang berlaku kerana penggunaan yang salah.
Kemagnetan, cas elektrostatik, dan gangguan radio
Jangan guna produk ini berhampiran ketuhar gelombang mikro atau di tempat lain
yang menghasilkan kemagnetan, cas elektrostatik, atau gangguan radio. Penerimaan
gelombang radio mungkin terjejas dalam persekitaran tertentu.
Sila maklum juga bahawa peranti lain yang menggunakan jalur 2.4 GHz yang sama
seperti produk ini mungkin menyebabkan pengurangan kelajuan pemprosesan dalam
kedua-dua peranti.
Menyambung kepada LAN awam
Produk ini tidak menyokong sambungan LAN wayarles dalam persekitaran LAN
wayarles awam.
Kawasan Penggunaan Sasaran
1)Fungsi LAN wayarles kamera ini disediakan untuk penggunaan di negara dan kawasan
geografi di bawah.
Hong Kong, Singapura, Thailand, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Paraguay, Venezuela,
Panama, Jerman, Austria, Perancis, Belanda, Sepanyol, Itali, Sweden, Denmark,
Slovakia, Poland, dan Norway
2)Kelulusan untuk penggunaan menurut peraturan radio di negara dan kawasan geografi
di bawah diberikan hanya apabila kamera dibeli di negara atau kawasan geografi
tersebut.
Taiwan, Indonesia, Malaysia, dan Korea Selatan
. Peringatan Lain
Kamera mungkin menjadi panas sedikit semasa digunakan. Ini perkara biasa dan
tidak bermakna kerosakan.