User manual - EXTR35_M29_FA (Malay (macrolanguage))

124
Lampiran
. Jika lampu belakang kamera mula berkelip merah...
Jika lampu belakang mula berkelip merah ketika pengecasan, ia bermakna
pengecasan lebih lanjut tidak mungkin kerana salah satu sebab di bawah. Lakukan
tindakan seperti yang diterangkan di bawah untuk membetulkan masalah tersebut
dan kemudian cuba mengecas semula.
Suhu sekitar atau suhu bateri tinggi atau rendah daripada paras normal
Tanggalkan kabel USB dari kamera dan tunggu seketika sehingga kamera dalam
julat suhu 15°C hingga 35°C, dan cuba cas sekali lagi.
Pemasa keselamatan diaktifkan
Bateri yang sudah lama tidak digunakan, beberapa jenis komputer, dan keadaan
sambungan boleh menyebabkan pengecasan mengambil masa yang lebih lama dari
biasa. Jika pengecasan mengambil masa lebih lima jam, pemasa keselamatan akan
menghentikannya secara automatik, walaupun bateri tidak dicas sepenuhnya. Jika
bateri sudah lama tidak digunakan, pengecasan mungkin berhenti secara automatik
selepas hanya sekitar 60 minit.
1) Menggunakan bateri yang sudah lama tidak digunakan.
Buka sambungan dan kemudian sambung semula kabel USB untuk teruskan
pengecasan.
2) Bekalan kuasa tidak mencukupi apabila disambung kepada komputer
Kamera hanya boleh dicas melalui port USB standard USB 2.0. Sambung terus ke
port USB yang membekalkan arus 500 mA.
Untuk butiran mengenai kapasiti bekalan kuasa port USB komputer, hubungi
pengilang komputer itu. Walaupun membuka sambungan dan menyambung semula
kabel USB akan meneruskan pengecasan, anda mungkin perlu melakukannya
berulang kali jika kapasiti bekalan kuasa komputer rendah.
Bekalan Kuasa
Mengecas
Jika masalah berterusan selepas anda melakukan langkah di atas atau jika bateri
gagal dicas selepas 5 jam, ini mungkin bermakna bateri rosak. Hubungi pusat
perkhidmatan sah CASIO terdekat anda.