User manual - EXTR35_M29_FA (Malay (macrolanguage))

129
Lampiran
Apabila mengalami masalah...
Pencarisilapan
Masalah Kemungkinan Penyebab dan Saranan Tindakan
Bekalan Kuasa
Kuasa tidak hidup. 1)Bateri kamera baru tidak dicas. Cas bateri kamera sebelum
menggunakan kamera.
2)Bateri kamera mungkin telah habis. Caskan bateri (halaman
19). Jika bateri mati sejurus dicas, ini bermakna bateri telah
mencapai hujung hayatnya dan perlu diganti. Beli bateri ion
litium boleh cas semula CASIO NP-150 yang tersedia secara
berasingan.
Kamera terpadam
secara tiba-tiba.
1)Kamera direka bentuk supaya dimatikan secara automatik
selepas tiada operasi dilakukan dalam masa lima minit.
Hidupkan kuasa semula.
2)Bateri mungkin telah mati. Caskan bateri (halaman 19).
3)Fungsi perlindungan kamera mungkin telah diaktifkan
kerana suhu kamera terlalu tinggi. Matikan kamera dan
tunggu sehingga ia sejuk sebelum mencuba untuk
menggunakannya semula.
Kuasa tidak dapat
dimatikan. Tiada
apa-apa yang
berlaku apabila
butang ditekan.
Keluarkan bateri daripada kamera dan kemudian
masukkannya semula.
Mengecas
Lampu belakang
tidak bercahaya
merah dan bateri
tidak akan dicas.
1)Tanggalkan kabel USB daripada kamera dan kemudian
sambungkannya semula.
2)Keluarkan bateri daripada kamera dan kemudian
masukkannya semula (halaman 20).
Rakaman Imej
Imej tidak dirakam
apabila butang
pengatup ditekan.
1)Jika kamera dalam mod MAIN, sentuh “r” (RKM) untuk
memasuki mod RKM.
2)Jika mesej “Memori Penuh” muncul, pindah imej ke dalam
komputer anda, padam imej yang anda tidak perlukan lagi
atau guna kad memori lain.
Fokus Auto tidak
memfokus dengan
betul.
1)Jika kanta kotor, bersihkannya.
2)Subjek mungkin tidak berada di tengah bingkai fokus
semasa anda menyediakan imej.
3)Anda mungkin menggerakkan kamera semasa
penggambaran. Cuba rakam dengan pemandangan
“Antigoncang HS” BEST SHOT, letakkan kamera di atas
meja atau permukaan stabil lain, atau cari cara untuk
memastikan kamera tidak bergerak.
4)Anda mungkin menekan penuh butang pengatup tanpa
menunggu Fokus Auto. Tekan separuh butang pengatup
dan beri masa yang cukup untuk Fokus Auto memfokus.