User manual - EXTR35_M29_FA (Malay (macrolanguage))

130
Lampiran
Subjek tidak tepat
fokusnya dalam
imej yang dirakam.
Imej mungkin tidak difokuskan dengan betul. Semasa
menyediakan imej, pastikan subjek terletak di dalam bingkai
fokus.
Lampu LED tidak
bercahaya.
1)Jika bateri mati, caskannya (halaman 19).
2)Operasi lampu LED dinyahdayakan secara automatik
apabila anda merakam dengan pemandangan BEST SHOT
dan Seni HDR. Pilih mod rakaman lain (halaman 39).
Kamera mati
semasa pengiraan
Pemasa kendiri.
Bateri mungkin telah mati. Caskan bateri (halaman 19).
Imej skrin monitor
tidak tepat fokus.
1)Anda mungkin menggunakan “Makro” untuk pemandangan
atau potret. Gunakan Fokus Auto untuk tangkapan
pemandangan dan potret (halaman 65).
2)Anda mungkin sedang cuba menggunakan Fokus Auto atau
“Infiniti” semasa menangkap gambar dekat. Gunakan
“Makro” untuk gambar dekat (halaman 65).
Terdapat hingar
digital pada imej.
1)Kepekaan mungkin telah meningkat secara automatik untuk
subjek gelap, yang meningkatkan kemungkinan hingar
digital. Gunakan lampu atau cara lain untuk menerangi
subjek.
2)Merakam dengan syot kilat dengan tetapan kepekaan ISO
tinggi boleh menambah hingar digital dalam imej. Jika hingar
digital mendatangkan masalah, cuba tukar tetapan
kepekaan ISO kepada nilai lebih rendah.
Imej yang direkod
tidak disimpan.
1)Kuasa kamera mungkin telah dimatikan sebelum operasi
simpan selesai, yang akan menyebabkan imej tidak
disimpan. Jika penunjuk bateri menunjukkan , cas bateri
secepat mungkin (halaman 19).
2)Anda mungkin telah mengeluarkan kad memori daripada
kamera sebelum operasi simpan selesai, yang akan
menyebabkan imej tidak disimpan. Jangan keluarkan kad
memori sebelum operasi simpan selesai.
Walaupun terdapat
pencahayaan yang
terang, muka orang
dalam imej nampak
gelap.
Cahaya yang cukup tidak sampai kepada subjek. Laras
anjakan EV ke sebelah + (halaman 62).
Gambar malam
tidak cantik.
Gunakan pemandangan BEST SHOT “Pemandangan Malam
HS” (halaman 50) semasa merakam pada waktu malam.
Subjek terlalu gelap
semasa
penggambaran imej
di tepi pantai atau
kawasan ski.
Cahaya matahari yang dipantul oleh air, pasir atau salji boleh
menyebabkan kurang dedahan imej. Laras anjakan EV ke
sebelah + (halaman 62).
Masalah Kemungkinan Penyebab dan Saranan Tindakan