User manual - EXTR35_M29_FA (Malay (macrolanguage))

133
Lampiran
Tetapan masa dan
tarikh yang
dikonfigurasi kali
pertama selepas
membeli kamera
diset semula ke lalai
kilang apabila saya
mengeluarkan
bateri kamera.
Masukkan bateri kamera dan konfigurasi semula tetapan masa
dan tarikh (halaman 25). Jangan keluarkan bateri daripada
kamera sekurang-kurangnya 24 jam selepas mengkonfigurasi
tetapan masa dan tarikh. Selepas itu, tetapan tidak akan set
semula jika anda mengeluarkan bateri.
Jika masa dan tarikh diset semula ke tetapan kilang mereka
apabila anda mengeluarkan bateri setelah ia dimasukkan
untuk lebih dari 24 jam, ia mungkin bermakna memori
tetapan kamera sudah rosak. Hubungi peruncit anda atau
pusat perkhidmatan sah CASIO.
Butang tidak
bertindak balas
sejurus kuasa
dihidupkan.
Dengan kad memori berkapasiti besar terdapat sedikit
kelewatan setelah kuasa dihidupkan sebelum butang memberi
tindak balas.
Mesej Paparan
ALERT
Fungsi perlindungan kamera mungkin telah diaktifkan kerana
suhu kamera terlalu tinggi. Matikan kamera dan tunggu
sehingga ia sejuk sebelum mencuba untuk
menggunakannya semula.
Bateri lemah. Kuasa bateri rendah.
RALAT Kad
Ada masalah dengan kad memori. Matikan kamera,
keluarkan kad memori dan kemudian masukkannya semula
ke dalam kamera. Jika mesej ini muncul semula apabila
anda menghidupkan kamera, format kad memori (halaman
111).
Memformat kad memori akan memadam semua failnya.
Sebelum memformat, cuba pindahkan fail yang telah
didapatkan balik ke komputer atau peranti simpanan lain.
Komunikasi
terhenti.
Mesej ini muncul apabila sambungan LAN wayarles terputus
atas sebarang sebab semasa komunikasi data antara
kamera dengan telefon pintar.
Fail tidak dapat
disimpan kerana
bateri lemah.
Kuasa bateri rendah, jadi fail imej tak dapat disimpan.
Folder tidak dapat
dibuat.
Anda sedang cuba merakam fail sedangkan telah ada 9999
fail disimpan dalam folder yang ke-999. Jika anda mahu
merakam lagi, padam fail yang anda tidak perlukan (halaman
35).
Masalah Kemungkinan Penyebab dan Saranan Tindakan