User manual - EXTR35_M29_FA (Malay (macrolanguage))

14
Asas Mula Pantas
Anda boleh menukar konfigurasi kamera dengan membuka atau menutup bingkai
dan memutarkan panel skrin monitor untuk disesuaikan dengan keadaan rakaman.
Jangan kenakan impak yang kuat kepada permukaan skrin monitor. Berbuat
demikian boleh merosakkannya.
Jangan sekali-kali menyentuh kanta menggunakan jari. Kesan jari, kotoran dan
benda asing lain pada kanta boleh mengganggu pengendalian kamera yang betul.
Gunakan penghembus atau cara lain untuk memastikan kanta dan tetingkap
denyar bebas daripada kotoran dan debu, dan lap dengan perlahan menggunakan
kain lembut yang kering.
Bingkai kamera boleh diputarkan 360 darjah.
1. Dengan skrin monitor menghadap ke
arah anda, peganglah bingkai.
2. Tolak panel skrin monitor dari
belakang.
3. Sambil memegang tepi panel skrin
monitor, ayunkan untuk membuka
bingkai.
Jangan cuba buka atau tutup bingkai semasa panel skrin monitor diputar. Berbuat
demikian boleh menyebabkan bingkai menyentuh panel skrin monitor dan
mengakibatkan kepincangan.
Menukar Gaya Kamera Mengikut Keadaan Rakaman
Pembukaan dan penutupan bingkai