User manual - EXTR35_M29_FA (Malay (macrolanguage))

25
Asas Mula Pantas
Memeriksa Tahap Bateri Semasa
Semasa kuasa bateri digunakan, penunjuk bateri pada skrin monitor menunjukkan
tahap semasanya seperti ditunjukkan di bawah.
menunjukkan kuasa bateri rendah. Cas bateri secepat mungkin.
Rakaman tidak boleh dilakukan apabila ditunjukkan. Cas bateri segera.
Tahap yang ditunjukkan oleh penunjuk bateri mungkin bertukar apabila anda
bertukar antara mod RKM dengan mod MAIN.
Meninggalkan kamera selama kira-kira 30 hari tanpa kuasa dibekalkan ketika
bateri sudah mati akan menyebabkan tetapan tarikh dan masanya dipadamkan.
Mesej yang memberitahu anda untuk mengkonfigurasi tetapan masa dan tarikh
akan muncul apabila anda menghidupkan kamera selepas memulihkan kuasa.
Apabila ini berlaku, konfigurasikan tetapan tarikh dan masa (halaman 108).
Lihat halaman 138 untuk maklumat mengenai hayat bateri dan bilangan
tangkapan.
Kali pertama anda menghidupkan kamera, satu skrin akan muncul untuk
mengkonfigurasi tetapan bahasa paparan, tarikh dan masa. Kegagalan menetapkan
tarikh dan masa dengan betul akan menyebabkan data tarikh dan masa yang salah
dirakam bersama imej.
Skrin untuk pemilihan bahasa tidak akan muncul pada langkah 2 prosedur di
bawah jika anda membeli kamera yang dikhususkan untuk pasaran Jepun. Untuk
menukar bahasa paparan daripada bahasa Jepun dalam kes ini, gunakan
prosedur di bawah “Menentukan Bahasa Paparan (Language)” (halaman 109).
Harap maklum bahawa versi manual ini dalam bahasa yang anda pilih mungkin
tidak disertakan bersama kamera yang dikhususkan untuk pasaran Jepun.
Model kamera yang dijual di kawasan geografi tertentu mungkin tidak menyokong
pemilihan bahasa paparan.
Tahap Tinggi Rendah
Penunjuk Bateri ***
Warna Penunjuk Biru * Kuning * Merah * Merah
Mengkonfigurasi Tetapan Asas Kali Pertama Anda
Menghidupkan Kamera