User manual - EXTR35_M29_FA (Malay (macrolanguage))

37
Asas Mula Pantas
Penggambaran Tertutup di bawah Pencahayaan Pendarfluor
Kelipan kecil pencahayaan pendarfluor boleh memberi kesan pada kecerahan dan
warna imej.
Peringatan Lain
Lebih rendah kelajuan pengatup, lebih besar kemungkinan berhasilnya hingar
dalam imej. Jadi, kamera secara automatik melakukan pengurangan hingar pada
kelajuan pengatup rendah. Proses pengurangan hingar menyebabkannya
merakam imej dalam tempoh lebih lama pada kelajuan pengatup lebih rendah.
Kelajuan pengatup dengan pengurangan hingar ini bergantung pada persediaan
kamera dan keadaan rakaman.
Proses pengurangan hingar dilakukan apabila kepekaan ISO ditetapkan pada nilai
tinggi. Ini menyebabkan kamera mengambil masa lebih lama untuk merakam imej
seterusnya selepas anda menekan butang pengatup. Jangan lakukan sebarang
operasi lain semasa operasi merakam imej sedang dilakukan.
Oleh sebab ciri elemen pengimejan yang digunakan kamera, objek yang bergerak
laju dalam imej mungkin kelihatan terherot.
. Pembatasan Fokus Auto
Satu daripada berikut boleh memustahilkan fokus yang tepat.
Dinding berwarna padu atau subjek terlalu rendah kontras lain
Subjek bercahaya latar terlalu terang
Subjek yang terlalu bersinar
Bidai atau subjek lain yang mempunyai corak melintang berulang
Berbilang subjek pada jarak berbeza dari kamera
Subjek di lokasi gelap
Pergerakan kamera semasa menangkap gambar
Subjek yang bergerak laju
Subjek di luar jarak fokus kamera
Jika anda tidak dapat memfokus dengan betul, cuba gunakan kunci fokus
(halaman 66).