User manual - EXTR35_M29_FA (Malay (macrolanguage))

39
Merakam Imej
Kamera mempunyai pelbagai mod rakaman yang berlainan.
1. Dalam mod RKM, sentuh ikon mod
rakaman.
Jika ikon tidak dipaparkan pada skrin, sentuh
tab untuk memaparkannya.
2. Sentuh ikon pada mod rakaman yang anda
ingin gunakan.
Ini memasuki mod rakaman yang dipilih.
Memilih Mod Rakaman
Auto
Mod Rakaman Auto Standard. Ini adalah mod yang biasa
digunakan untuk merakam (halaman 31).
PRO Auto
Premium
Dengan rakaman PRO Auto Premium, kamera akan
menentukan secara automatik sama ada anda sedang
merakam suatu subjek atau pemandangan dan keadaan
lain. Rakaman PRO Auto Premium memberikan kualiti
imej yang lebih baik berbanding mod rakaman Auto
standard (halaman 31).
Syot Gaya
Syot Gaya membolehkan anda merakam lima syot kilat
berturutan, sambil kamera memberikan anda panduan
suara (halaman 40).
BEST SHOT
Dengan BEST SHOT, pilih sampel pemandangan yang
menyerupai jenis tangkapan yang anda inginkan, dan
kamera secara automatik akan mengkonfigurasi tetapan
terbaik untuk subjek dan keadaan penggambaran
(halaman 50).
ART SHOT
Pelbagai kesan artistik membantu menukar subjek harian
biasa tampak lebih baru dan jadi lebih menarik (halaman
41).
Mekap
Mekap melicinkan tekstur kulit subjek dan mengurangkan
bayangan wajah yang disebabkan oleh cahaya matahari
terang untuk potret yang lebih cantik (halaman 43).
Ikon mod rakaman