User manual - EXTR35_M29_FA (Malay (macrolanguage))

40
Merakam Imej
Syot Gaya membolehkan anda merakam lima syot kilat berturutan, sambil kamera
memberikan anda panduan suara. Hasilnya ialah siri tangkapan dengan gaya dan
ekspresi yang berlainan.
1. Dalam mod RKM, sentuh ikon mod Rakaman (halaman 39).
2. Sentuh “ ” (Syot Gaya).
3. Tekan butang pengatup untuk memulakan rakaman.
Rakam mengikut panduan suara dari kamera.
Untuk melaraskan kelantangan panduan suara, gunakan tetapan “Kelantgn Gaya”
di bawah “Bunyi” (halaman 106).
Untuk menghentikan operasi Syot Gaya yang sedang berjalan, tekan butang
pengatup atau sentuh skrin monitor.
Perhatian, imej pratonton tidak dipaparkan semasa merakam dengan fungsi ini.
. Mengubah Jenis Panduan Suara
Anda boleh menggunakan prosedur di bawah untuk memilih satu daripada tiga jenis
panduan suara yang berbunyi semasa anda merakam.
1. Sentuh “ ” (Suara).
2. Sentuh nombor pada panduan suara yang anda ingin gunakan.
Ini akan menyebabkan suara yang sepadan berbunyi.
3. Selepas memilih jenis panduan suara yang anda ingin gunakan, sentuh
“OK”.
Merakam dengan Syot Gaya (Syot Gaya)