User manual - EXTR35_M29_FA (Malay (macrolanguage))

52
Menggunakan BEST SHOT
3. Apabila semua sedia, tekan butang pengatup sepenuhnya.
Ikon pemasa kendiri mula akan berubah kepada “ ” untuk menunjukkan
kamera dalam mod tunggu sedia untuk merakam.
4. Menghadap kamera, gerakkan tangan atau lakukan pergerakan lain
dalam kawasan ikon pemasa kendiri mula yang anda posisikan dalam
langkah 3.
Apabila kamera mengesan pergerakan subjek dalam ikon, ia secara automatik
memulakan kiraan pemasa kendiri. Kamera akan merakam imej apabila kiraan
mencecah sifar, dan kemudian kembali dalam mod tunggu sedia Pengatup
Gerakan untuk menunggu permulaan pergerakan seterusnya.
Masa mula pemasa kendiri Pengatup Gerakan ditetapkan pada dua saat.
Ikon pratonton “ ” akan muncul pada skrin monitor apabila syot kilat dirakam.
Apabila kamera mengesan pergerakan dalam ikon pratonton, ia akan memaparkan
imej yang dirakam selama tiga saat.
Pengatup Gerakan keluar dari mod tunggu sedia secara automatik selepas ia
merakam enam imej.
Untuk membatalkan mod tunggu sedia Pengatup Gerakan pada bila-bila masa,
tekan butang pengatup atau sentuh skrin monitor.
Pengatup Gerakan mungkin tidak berfungsi dengan betul jika hanya ada sedikit
perbezaan warna antara subjek dengan latar belakang di dalam sempadan, atau
jika subjek berada jauh dari kamera yang menyebabkan saiznya terlalu kecil.
Dengan HDR (Julat Dinamik Tinggi), kamera merakam sesiri imej CS menggunakan
tetapan pendedahan berbeza dan menggabungkannya menjadi imej akhir untuk
membetulkan pendedahan lampau atau pendedahan kurang subjek dalam tahap
kecerahan berbeza.
1. Pilih pemandangan “HDR” (halaman 50).
2. Tekan butang pengatup untuk menangkap gambar.
Fungsi ini berfungsi paling baik apabila kamera tidak bergerak dengan
meletakkannya pada permukaan rata, dsb.
Dengan pemandangan BEST SHOT ini, tetapan lampu LED secara automatik
dimatikan.
Kesan HDR yang diingini mungkin tidak dapat diperoleh jika kamera atau subjek
bergerak semasa rakaman.
Pembetulan Pendedahan Lampau dan Pendedahan Kurang
Secara Digital (HDR)