User manual - EXTR35_M29_FA (Malay (macrolanguage))

55
Menggunakan BEST SHOT
Dengan Panorama Slaid, anda mengalihkan kamera untuk menyediakan dan
merakam berbilang imej, yang kemudiannya digabungkan menjadi panorama. Ciri ini
membolehkan anda merakam panorama yang lebih hebat daripada yang boleh
dirakam dengan keupayaan fizikal kanta.
Imej panorama akhir boleh jadi satu atau dua saiz yang ditunjukkan di bawah.
Arah Slaid ialah Kanan atau Kiri: Maksimum 11520
x
1080 piksel
Arah Slaid ialah Atas atau Bawah: Maksimum 1920
x
7296 piksel
Operasi zum tidak disokong semasa rakaman Panorama Slaid. Tetapan zum
ditetapkan pada sudut lebar penuh.
Anda boleh merakam imej panorama lebih kurang 360 darjah mendatar, atau
180 darjah melintang.
1. Pilih pemandangan “s” (Panorama Slaid) (halaman 50).
2. Sentuh ikon untuk arah slaid (arah kamera
bergerak semasa merakam).
Anda boleh pilih satu daripada empat arah slaid:
” (kanan), “ ” (kiri), “ ” (atas),
” (bawah).
3. Halakan kamera di permulaan panorama dan
tekan separa butang pengatup supaya
kamera boleh fokus secara automatik.
4. Tekan butang pengatup sepenuhnya dan
kursor slaid akan muncul pada skrin monitor.
Perlahan-lahan gerakkan kamera ke arah
yang ditunjukkan dengan anak panah pada
skrin sehingga kursor slaid mencecah
penghujung julat pergerakannya (misalnya
hingga hujung kanan apabila menggerakkan
kamera ke kanan).
Kamera akan mula menyediakan imej panorama
secara dalaman apabila kursor slaid mencecah
penghujung julat pergerakan.
Penyediaan imej juga akan mula secara
automatik jika anda berhenti menggerakkan
kamera semasa merakam panorama.
Merakam Imej Panorama (Panorama Slaid)
Kursor slaid