User manual - EXTR35_M29_FA (Malay (macrolanguage))

57
Tetapan Rakaman Lanjutan
Tetapan Rakaman Lanjutan
Berikut adalah menu operasi yang anda boleh gunakan untuk mengkonfigurasi
berbagai tetapan kamera.
. Contoh Operasi Skrin Menu
1. Dalam mod RKM, sentuh “MENU”.
Ini akan memaparkan skrin menu.
Jika “MENU” tidak dipaparkan pada skrin, sentuh
tab untuk memaparkannya.
Kandungan menu adalah berbeza dalam mod
RKM dan mod MAIN.
2. Seret ke atas dan ke bawah sehingga anda jumpa item yang mana ada
tetapan yang anda ingin tukar.
3. Sentuh item itu.
4. Konfigur tetapan item menurut kandungan skrin.
Untuk membatalkan dan keluar dari menu, sentuh “MENU” atau tekan butang
pengatup.
Bergantung pada mod rakaman, beberapa item dalam menu yang muncul
mungkin tidak boleh digunakan. Semasa PRO Auto Premium sedang digunakan,
hanya item menu yang tetapannya boleh dikonfigurasikan akan dipaparkan pada
menu.
. Operasi Menu dalam Manual Ini
Operasi menu digunakan dalam manual ini seperti ditunjukkan di bawah. Sentuh ikon
dan item yang ditunjukkan, dan lakukan operasi seperti yang ditunjukkan, dari kiri ke
kanan.
Menggunakan Menu RKM
Masuk ke “Mod RKM” * MENU * Pengatup Sentuh