User manual - EXTR35_M29_FA (Malay (macrolanguage))

61
Tetapan Rakaman Lanjutan
. Piksel dan saiz imej
Imej kamera digital ialah satu kumpulan bintik
kecil yang dipanggil “piksel”. Lebih banyak
piksel dalam imej, lebih banyak perincian
yang ada. Namun, anda selalunya tidak
mengalami masalah dengan piksel yang
kurang semasa mencetak imej (saiz L)
melalui perkhidmatan cetak, melampir imej
pada e-mel, apabila melihat imej pada
komputer dsb.
Saiz imej menunjukkan jumlah piksel yang terkandung, dan ia dinyatakan sebagai
piksel melintang
x
piksel menegak.
Misalnya:
Ambil perhatian bahawa imej besar mempunyai lebih banyak piksel, jadi ia
menggunakan lebih banyak ruang memori.
Untuk maklumat mengenai saiz imej dan bilangan imej yang boleh disimpan, lihat
halaman 134.
Untuk maklumat mengenai saiz imej filem, lihat halaman 47.
Untuk maklumat mengenai mengubah saiz syot kilat sedia ada, lihat halaman 82.
Masuk ke “Mod RKM” * MENU * Kualiti Filem
Tetapan ini boleh digunakan untuk mengkonfigurasi tetapan kualiti imej filem untuk
memilih rakaman filem normal atau rakaman Filem Berkelajuan Tinggi. Untuk
maklumat mengenai tetapan kualiti imej filem, lihat halaman 47.
Saiz imej piksel
12 M 4000
x
3000 (Kira-kira 12 juta piksel)
5 M 2560
x
1920 (Kira-kira 5 juta piksel)
Tetapan Kualiti Imej Filem (Kualiti Filem)
Piksel