User manual - EXTR35_M29_FA (Malay (macrolanguage))

67
Tetapan Rakaman Lanjutan
Masuk ke “Mod RKM” * MENU * Semakan potret sendiri
Menekan butang pengatup pada bingkai untuk
merakam potret diri semasa fungsi ini didayakan
(“Hidup”), akan memaparkan imej untuk disemak
sebelum ia disimpan. Apabila fungsi ini dinyahdayakan
(“Mati”), imej potret diri akan disimpan terus dalam
ingatan sebaik sahaja anda merakamnya. Fungsi
semakan potret diri boleh digunakan dalam keadaan
yang dihuraikan di bawah.
1. Sentuh “Hidup”.
2. Tekan butang pengatup pada bingkai untuk merakam imej.
3. Semak imej yang dirakam.
Apabila fungsi ini didayakan, anda boleh lakukan semakan imej berikut dan
menyimpan operasi selepas merakam potret diri.
Menyemak Syot Kilat sebelum Menyimpannya
(Semakan potret sendiri)
Mod rakaman : Auto, PRO Auto Premium, Mekap
Skrin monitor : Dihalakan ke arah yang sama dengan kanta.
Tetapan Penerangan
Zum imej yang disemak.
Operasi besarkan dan kecilkan dua jari boleh juga digunakan
untuk mengezum imej yang disemak.
Imej yang dibesarkan boleh ditatal dengan menyeret pada skrin.
Mengembalikan imej yang dizum kepada saiz asal.
Kembali kepada tunggu sedia rakaman imej tanpa menyimpan imej
disemak yang sedang dipaparkan.
Menyimpan imej disemak yang sedang dipaparkan dan kembali
kepada tunggu sedia rakaman imej.
Menyentuh “ ” semasa imej semakan yang dizum sedang
dipaparkan masih menyimpan imej dalam saiz normal (tidak
dizum).
Butang pengatup