User manual - EXTR35_M29_FA (Malay (macrolanguage))

72
Melihat Syot kilat dan Filem
Menu imej menunjukkan beberapa imej pada skrin tunggal.
1. Dalam mod MAIN, sentuh “]”.
Ini memaparkan menu imej.
Sentuh “û” atau “ü” atau seret ke atas atau ke
bawah untuk menatal ke halaman imej
seterusnya.
Untuk melihat mod paparan biasa (imej tunggal),
sentuh imej yang anda hendak lihat atau sentuh
ë”.
Dalam kes filem, imej pertama dalam filem akan
dipaparkan.
Tanda soal (?) akan dipaparkan untuk imej yang tidak dapat dipaparkan atas
sebab tertentu.
Syot kilat boleh dizum pada skrin monitor sehingga 8X.
Faktor zum tersedia yang sebenar bergantung pada saiz imej asal.
1. Dalam mod MAIN, sentuh “ú” atau “õ” atau seret kiri atau kanan
untuk memaparkan imej yang anda ingin lihat.
2. Jauhkan ibu jari dan jari telunjuk (halaman
18) pada imej yang dipaparkan untuk
membesarkannya.
Menyeret imej skrin yang dibesarkan akan
mengubah bahagian imej yang dipaparkan.
Dekatkan ibu jari dan jari telunjuk (halaman 18)
pada imej yang dipaparkan untuk
mengecilkannya.
Apabila kandungan skrin monitor dihidupkan,
grafik di bawah sudut kanan skrin
menunjukkan bahagian mana daripada imej
yang dizum sedang dipaparkan.
Menyentuh “ú” atau “õ” semasa imej dibesarkan
dipaparkan akan menatal ke imej jujukan
seterusnya pada faktor zum semasa.
Untuk kembali ke paparan asal (imej tunggal), sentuh “ë”.
Memaparkan Menu Imej
Mengezum Imej Atas skrin
Kawasan imej
Kawasan paparan terkini
Faktor zum