User manual - EXTR35_M29_FA (Malay (macrolanguage))

76
Fungsi Main Semula Lain (MAIN)
3. Ulang langkah 1 dan 2 untuk memilih maksimum lima syot kilat.
Syot kilat akan muncul dalam Filem Promosi mengikut urutan yang sama
ketika anda memilihnya.
Jika anda menyentuh semula syot kilat yang telah dipilih, pilihan akan
dibatalkan.
4. Sentuh “OK”.
5. Sentuh “Panjang”, “Peralihan” dan “Muzik”, dan konfigurasikan
tetapan untuk setiap item jika perlu.
6. Sentuh “Cipta”.
Ini mencipta Filem Promosi mengikut tetapan yang anda konfigurasikan.
Filem dan imej yang dirakam menggunakan Panorama Slaid tidak boleh ditukarkan
kepada filem promosi.
Anda mungkin mengalami masalah penukaran jika anda cuba untuk menyertakan
syot kilat yang dirakam dengan kamera selain daripada kamera ini.
Filem promosi ialah filem berkualiti HD, dengan nisbah bidang 16:9. Ini bermakna
bahagian atas dan bawah syot kilat akan dipotong apabila ia ditukar kepada format
filem promosi.
Memilih syot kilat orientasi potret dengan tetapan “Peralihan” didayakan (Hidup)
akan memotong bahagian atas dan bawah imej, dengan bahagian bawah agak
besar sedikit daripada bahagian atas. Apabila “Peralihan” dinyahdayakan (Mati),
jalur hitam akan muncul pada sisi imej.
Fungsi ini tidak boleh digunakan untuk kurang daripada lima imej.
Panjang Pilih 15 saat atau 6 saat.
Peralihan
Dayakan atau nyahdayakan kesan peralihan. Memilih “Hidup”
(didayakan) menggunakan kesan peralihan apabila bertukar
daripada satu imej kepada imej lain.
Muzik
Pilih muzik latar yang anda mahu gunakan. Memilih “Mati”
menghasilkan filem tanpa muzik.