User manual - EXTR35_M29_FA (Malay (macrolanguage))

80
Fungsi Main Semula Lain (MAIN)
Masuk ke Mod MAIN * MENU * Tampal subjek
Anda boleh menambah karakter atau bingkai terbina dalam kamera ke syot kilat, atau
anda boleh memasukkan karakter yang anda cipta dengan “Potong subjek” (halaman
78) ke dalam syot kilat.
Hanya imej yang memenuhi syarat-syarat berikut boleh digunakan sebagai imej
latar belakang.
Ia mesti syot kilat yang dirakam dengan kamera ini atau syot kilat yang
dipindahkan ke ingatan kamera ini.
Ia mesti imej dengan nisbah aspek 4:3.
1. Sentuh “ú” atau “õ” atau seret ke kiri atau kanan untuk menatal imej.
Pilih imej yang anda ingin guna untuk latar belakang dan kemudian
sentuh “OK”.
2. Sentuh “ú” atau “õ” atau seret ke kiri atau kanan untuk menatal
subjek. Pilih subjek yang anda ingin masukkan dan kemudian sentuh
“OK”.
3. Sentuh “+” (zum masuk) dan “–” (zum
keluar) untuk melaraskan saiz subjek. Anda
juga boleh menyeret subjek di sekitar skrin
untuk menyusunnya semula.
4. Selepas anda mendapat saiz dan posisi
subjek yang diingini, sentuh “OK”.
Ini memasukkan subjek ke dalam imej latar
belakang.
Melakukan operasi pemadaman atau pemformatan tidak akan memadam subjek
terbina dalam.
Memasukkan Subjek ke dalam Syot Kilat lain atau Menambah
Bingkai Terbina Dalam ke Syot Kilat (Tampal subjek)