User manual - EXTR35_M29_FA (Malay (macrolanguage))

85
Mewujudkan sambungan LAN Wayarles
Sila maklum bahawa fungsi LAN wayarles memerlukan lebih banyak penggunaan
kuasa bateri daripada biasa. Pastikan bateri kamera telah dicas secukupnya
sebelum memulakan operasi LAN wayarles.
Julat operasi bergantung pada persekitaran komunikasi setempat dan jenis telefon
pintar yang disambung.
Memasang aplikasi EXILIM Remote Smartphone pada telefon pintar anda akan
memungkinkan kawalan jauh kamera dari telefon pintar anda dan untuk menghantar
imej-imej yang dirakam dengan kamera telefon pintar anda. Untuk maklumat tentang
cara untuk memasang dan mengendalikan EXILIM Remote, lihat Panduan Pengguna
atau lawati Laman Web rasmi EXILIM Remote (http://www.exilim.com/app/).
Perhatikan bahawa laman web EXILIM Remote mungkin tidak tersedia untuk bahasa
tertentu. Jika anda tidak dapat mencari Laman Web EXILIM Remote dalam bahasa
yang anda mahu, sila gunakan versi dalam bahasa lain.
. Jaminan operasi aplikasi
Tiada jaminan yang dibuat mengenai keupayaan untuk mengendalikan aplikasi
EXILIM Remote pada telefon pintar atau tablet tertentu.
. Terminal Android (Versi Disokong: Android 2.3.3 hingga 4.3)
1. Buka “Google Play”.
2. Dalam ruang carian, taip “EXILIM Remote”.
3. Pasang EXILIM Remote.
. iPhone (Versi Disokong: iOS 5.1 hingga 7.0)
1. Buka “App Store”.
2. Dalam ruang carian, taip “EXILIM Remote”.
3. Pasang EXILIM Remote.
Membuat Sambungan antara Telefon Pintar dengan Kamera
Anda
Memasang Aplikasi EXILIM Remote pada Telefon Pintar Anda