User manual - EXTR35_M29_FA (Malay (macrolanguage))

88
Mewujudkan sambungan LAN Wayarles
Anda boleh guna Hantar Cepat untuk menghantar syot kilat yang anda baru rakam
dengan kamera ke telefon pintar anda. Selepas menghantar imej ke telefon pintar,
anda kemudian boleh memuat naiknya ke perkhidmatan rangkaian sosial.
Sila maklum bahawa anda tidak boleh menggunakan Hantar Cepat untuk
menghantar syot kilat ke telefon pintar jika anda melakukan salah satu operasi di
bawah selepas merakam syot kilat.
Keluar daripada mod RKM dan memasuki mod MAIN atau mematikan kamera
Menetapkan semula kamera (halaman 111) atau memformat ingatan kamera
(halaman 111)
Memilih Tangkapan Jauh
Melakukan operasi rakaman filem
1. Pada telefon pintar, mulakan EXILIM Remote.
Di sudut kanan atas skrin yang muncul, ketik
“Setting (Tetapan)”.
2. Jika anda merancang untuk memuat naik imej ke
perkhidmatan rangkaian sosial selepas
menghantarnya ke telefon pintar, hidupkan “Send
to SNS (Hantar ke SNS)”. Jika tidak, matikannya.
3. Pada kamera, masuk mod RKM dan rakam syot
kilat.
4. Sentuh ikon “ ” (Penghantaran Cepat).
5. Sentuh “Hantar”.
6. Pada telefon pintar, mulakan aplikasi EXILIM Remote.
Ini akan membuat sambungan antara kamera anda dengan telefon pintar, dan
menghantar syot kilat yang anda baru rakam ke telefon pintar.
Jika mesej “Sambung telefon anda ke titik capaian di bawah.” kekal berada
pada skrin monitor kamera, tukar tetapan Wi-Fi telefon pintar anda supaya
kamera anda dipilih untuk sambungan (halaman 86).
Menghantar Syot Kilat Baru Dirakam ke Telefon Pintar
(Penghantaran Cepat)