User manual - EXTR35_M29_FA (Malay (macrolanguage))

89
Mewujudkan sambungan LAN Wayarles
7. Selepas penghantaran imej selesai, lakukan mana-mana operasi yang
diterangkan di bawah.
Jika anda menghidupkan pilihan “Send to SNS (Hantar ke SNS)” dalam langkah
2 prosedur ini:
Skrin untuk memuat naik imej ke perkhidmatan rangkaian sosial akan muncul
pada skrin telefon pintar selepas penghantaran imej dari kamera selesai. LAN
wayarles antara kamera dan telefon pintar akan diputuskan sambungan pada
masa ini. Pada skrin muat naik perkhidmatan rangkaian sosial, pilih
perkhidmatan yang anda ingin muat naik.
Jika anda mematikan pilihan “Send to SNS (Hantar ke SNS)” dalam langkah 2
prosedur ini:
Selepas penghantaran imej selesai, ketik “OK” pada telefon pintar anda.
Sambungan antara kamera dengan telefon pintar akan diputuskan secara
automatik selepas operasi hantar selesai.
Anda boleh tetapkan saiz imej yang dihantar ke telefon pintar menggunakan “Saiz
semula sebelum hantar” (halaman 92).
Anda boleh guna aplikasi telefon pintar di bawah untuk melihat syot kilat selepas
menghantarnya.
iPhone: Camera Roll
Terminal Android: Gallery atau aplikasi pelayar foto lain