User manual - EXTR35_M29_FA (Malay (macrolanguage))

90
Mewujudkan sambungan LAN Wayarles
Anda boleh pilih satu lagi fail syot kilat dan/atau filem dalam memori kamera dan
menghantarnya ke telefon pintar. Anda boleh pilih sehingga 100 fail, berjumlah tidak
lebih 500 MB untuk satu penghantaran. Selepas menghantar imej ke telefon pintar,
anda kemudian boleh memuat naiknya ke perkhidmatan rangkaian sosial.
1. Pada telefon pintar, mulakan EXILIM Remote.
Di sudut kanan atas skrin yang muncul, ketik
“Setting (Tetapan)”.
2. Jika anda merancang untuk memuat naik imej ke
perkhidmatan rangkaian sosial selepas
menghantarnya ke telefon pintar, hidupkan “Send
to SNS (Hantar ke SNS)”. Jika tidak, matikannya.
3. Pada kamera, sentuh “p” (MAIN) untuk memasuki
mod MAIN.
4. Sentuh ikon “ ” (Penghantaran Imej).
Jika ikon “ (Penghantaran Imej) tidak dipaparkan pada skrin, sentuh tab
untuk memaparkannya.
5. Sentuh “ ” (Hantar ke telefon).
6. Sentuh imej fail yang anda ingin hantar ke telefon pintar.
Menyentuh imej fail menyebabkan kotak semaknya dipilih.
7. Selepas memilih imej semua fail yang anda ingin hantar ke telefon
pintar, sentuh “OK”.
8. Pada telefon pintar, mulakan aplikasi EXILIM Remote.
Ini akan membuat sambungan antara kamera anda dengan telefon pintar, dan
menghantar fail ke telefon pintar.
Jika mesej “Sambung telefon anda ke titik capaian di bawah.” kekal berada
pada skrin monitor kamera, tukar tetapan Wi-Fi telefon pintar anda supaya
kamera anda dipilih untuk sambungan (halaman 86).
Menghantar Fail Syot Kilat atau Filem dari Ingatan Kamera ke
Telefon Pintar (Hantar ke telefon)