User manual - EXTR35_M29_FA (Malay (macrolanguage))

91
Mewujudkan sambungan LAN Wayarles
9. Selepas penghantaran imej selesai, lakukan mana-mana operasi yang
diterangkan di bawah.
Jika anda menghidupkan pilihan “Send to SNS (Hantar ke SNS)” dalam langkah
2 prosedur ini:
Skrin untuk memuat naik imej ke perkhidmatan rangkaian sosial akan muncul
pada skrin telefon pintar selepas penghantaran imej dari kamera selesai. LAN
wayarles antara kamera dan telefon pintar akan diputuskan sambungan pada
masa ini. Pada skrin muat naik perkhidmatan rangkaian sosial, pilih
perkhidmatan yang anda ingin muat naik.
Jika anda mematikan pilihan “Send to SNS (Hantar ke SNS)” dalam langkah 2
prosedur ini:
Selepas penghantaran imej selesai, ketik “OK” pada telefon pintar anda.
Sambungan antara kamera dengan telefon pintar akan diputuskan secara
automatik selepas operasi hantar selesai.
Sesetengah model telefon pintar mungkin tidak dapat memainkan semula fail filem.
Bergantung pada model telefon pintar anda, versi sistem pengendaliannya, dan/
atau kapasiti storan yang tinggal boleh menyebabkan kegagalan operasi
penyimpanan filem atau syot kilat. Selepas operasi penghantaran, lakukan operasi
yang diperlukan pada telefon pintar anda bagi memastikan yang filem atau syot
kilat disimpan dengan baik.
Melihat filem yang diterima pada terminal Android:
Harap maklum yang filem tidak dipaparkan oleh Gallery. Filem disimpan dalam
folder yang dinamakan “EXILIM Remote”. Pemain filem berasingan diperlukan
untuk main semula filem (yang failnya mempunyai sambungan nama fail MOV).
Bergantung pada pemain filem anda, anda mungkin tidak boleh memainkan filem
dan/atau audio.
Anda boleh tetapkan saiz syot kilat yang dihantar ke telefon pintar menggunakan
“Saiz semula sebelum hantar” (halaman 92).
Anda boleh guna aplikasi telefon pintar di bawah untuk melihat syot kilat selepas
menghantarnya.
iPhone: Camera Roll
Terminal Android: Gallery atau aplikasi pelayar foto lain