User manual - EXTR35_M29_FA (Malay (macrolanguage))

99
Menggunakan Kamera dengan Komputer
2. Dwiklik folder yang mengandungi imej yang anda mahu lihat.
3. Dwiklik fail imej yang anda mahu lihat.
Untuk maklumat mengenai nama fail, lihat “Struktur Folder Memori” pada
halaman 104.
Untuk main semula filem, mula-mula salinnya ke komputer anda dan kemudian
dwiklik fail filem. Sesetengah sistem pengendalian mungkin tidak dapat memainkan
semula filem. Jika ini berlaku, anda perlu memasang perisian yang ada secara
berasingan.
Jika anda tidak dapat memainkan semua filem, pergi ke URL di bawah untuk
memuat turun QuickTime 7 dan memasangnya pada komputer anda.
http://www.apple.com/quicktime/
. Keperluan Sistem Komputer Minimum untuk Main Semula Filem
Keperluan sistem minimum yang diterangkan di bawah adalah perlu untuk memain
semula filem yang direkod dengan kamera ini pada komputer.
Di atas adalah sekitaran sistem yang disarankan. Mengkonfigurasi satu daripada
sekitaran ini tidak menjamin pengendalian yang betul.
Tetapan tertentu dan perisian lain yang dipasang boleh mengganggu main semula
filem.
. Peringatan Main Semula Filem
Pastikan mengalih data filem ke cakera keras komputer anda sebelum mencuba
memainkannya. Main semula filem yang baik mungkin tidak dapat dilakukan untuk
data yang dicapai melalui rangkaian, daripada kad memori dsb.
Main semula filem yang baik mungkin tidak dapat dilakukan pada sesetengah
komputer. Jika anda mengalami masalah, cuba yang berikut.
Berhentikan sebarang aplikasi lain yang anda jalankan dan berhentikan aplikasi
residen.
Memainkan Filem
Sistem Pengendalian : Windows 8, Windows 7, Windows Vista,
Windows XP (SP3)
CPU : Kualiti Imej “Full HD”, “HD”:
Core 2 Duo 3.0 GHz atau lebih tinggi
Kualiti Imej “HS240”:
Pentium 4 2.0 GHz atau lebih tinggi
Perisian yang Diperlukan : QuickTime 7