User manual

Jangan gunakan perkakas sekiranya item telah
dikotorkan dengan bahan kimia industri.
Lapkan lin atau serpihan bungkusan yang terkumpul
di sekeliling perkakas.
Jangan jalankan perkakas ini tanpa penapis.
Bersihkan penapis lin sebelum dan selepas setiap
penggunaan.
Jangan keringkan item yang tidak dibasuh di dalam
mesin pengering.
Item yang telah kotor dengan bahan seperti minyak
masak, aseton, alkohol, petrol, kerosin, penanggal
kotoran, turpentin, lilin dan penanggal lilin hendaklah
dibasuh dalam air panas dengan jumlah detergen
yang banyak sebelum dikeringkan di dalam mesin
pengering.
Item seperti getah busa (busa lateks), topi mandi,
tekstil kalis air, barang yang dilapisi getah dan pakaian
atau bantal yang dipasang dengan pad getah busa
tidak boleh dikeringkan di dalam mesin pengering.
Pelembut kain, atau produk yang serupa, hendaklah
hanya digunakan seperti yang telah ditetapkan oleh
arahan pengeluar produk tersebut.
Alih keluar semua objek daripada item yang boleh
menjadi sumber nyalaan api seperti pemetik api atau
mancis.
Jangan hentikan mesin pengeringan sebelum
penghujung kitaran pengeringan melainkan semua
item dikeluarkan dengan cepat dan dikebaskan
supaya habanya lesap.
Bahagian akhir kitaran mesin pengeringan berjalan
tanpa haba (kitaran menyejuk ) bagi memastikan item
ditinggalkan pada suhu yang memastikan item tidak
akan menjadi rosak.
Sebelum sebarang operasi penyelenggaraan,
nyahaktifkan perkakas dan putuskan sambungan
palam sesalur daripada soket sesalur.
www.electrolux.com22