TV unjuran-belakang dengan Input HD 43PP8545 50PP8545 Panduan pengguna 3141 085 20061
Kandungan Terima kasih kerana telah membeli peti televisyen ini. Anda sekarang boleh berbangga kerana memiliki sebuah TV Philips, yang menjanjikan nilai yang penuh kepada anda sebagai pembeli. Sila baca buku panduan ini dengan teliti dan sepenuhnya untuk membantu anda memasang dan mengendalikannya. Penetapan dan Pemasangan Peralatan Persisian Keterangan Produk ................................................................................................... 3 Menyambung Peralatan Persisian ............
Keterangan Produk Melihatnya sebagai seorang saksi • • • • • Skan Progresif - gandakan garisan gambar yang kelihatan untuk resolusi yang lebih baik Skan Digital 100Hz menghilangkan kerlipan dan getaran garisan untuk gambar yang seimbang Monitor HDTV – HDTV adalah isyarat televisyen yang terkini dan terbaik yang boleh didapati Optik Digital Acclearium™ memaksimumkan kualiti gambar pada semua input Skrin Saphlon™ – gambar yang lebih baik dan tahan calar Teknologi dipermudahkan • Kawalan Aktif mengukur isyar
Memasang TV Faedah utama televisyen unjur adalah skrin tontonanya yang luas. Untuk melihat skrin yang luas dengan cara terbaik, uji beberapa lokasi di dalam bilik untuk mencari sudut optimum tontonan. 15 cm Pastikan untuk memberi ruang minimum 15 cm di sekeliling TV.
Menggunakan Kekunci TV KEKUNCI KUASA UTAMA Menghidup atau mematikan kuasa utama. KUASA Menghidupkan TV atau mengaktifkan mod sedia. VOLUME % Kekunci memperlahan bunyi suara. Kekunci % menguatkan bunyi suara. PENDERIA KAWALAN JAUH Menerima perintah infra-merah untuk mengaktifkan kawalan apabila alat kawalan jauh ditujukan kepadanya dan kekunci kawalan jauh ditekan. CHANNEL % Kekunci memilih saluran mengikut susunan menurun. Kekunci % memilih saluran mengikut susunan menaik.
Using the Remote Control Keys . (SEDIA) • Mematikan set TV buat sementara ke mod siap-sedia. (Penunjuk lampu merah akan bernyala apabila TV berada pada mod sedia). • Untuk menghidupkan TV daripada mod sedia, tekan Sedia, Saluran +/–, atau kekunci Angka (0-9). Membenarkan anda untuk bertukar daripada bunyi stereo kepada mono semasa hantaran stereo atau untuk memilih antara bahasa atau bahasa semasa hantaran dwi bunyi.
∏ (FORMAT) Setiap tekanan memilih format gambar seterusnya. Untuk AV1, CVI, AV2, atau AV3, pilihannya adalah 4:3, Auto, dan Expand 4:3. Untuk sumber isyarat AV4 dan AV5 1080I, pilihannya adalah 4:3 dan Compress 16:9. Untuk sumber isyarat AV4 dan AV5 480p atau 576p, tiada pilihan format skrin boleh didapati melalui TV. Kendalikan format dari sumbernya (pemain DVD atau kotak atas penetapan digital).
Menggunakan Menu: Memasang Memilih Bahasa Menu Nota: Bahasa menu yang ada akan berubah mengikut model. Tekan kekunci MENU. Pilih MEMASANG dengan kursor ke bawah. Tekan kursor ke kanan untuk pilih BAHASA. Tekan kursor ke kanan sekali lagi. Pilih bahasa anda dengan kursor ke atas/ke bawah. Dari sini, semua paparan pada skrin akan muncul dalam bahasa yang anda pilih.
Pilih SALURAN. Tekan nombor saluran yang diingini dengan kekunci angka atau dengan kursor ke kiri/kanan. Tekan kursor ke bawah. Jika penerimaan lemah, anda boleh memperbaiki penerimaan dengan mengubah frekuensi menggunakan TALAAN HALUS. Pilih TALAAN HALUS dan tekan kursor ke kiri/kanan untuk mengubah. Dalam kes yang jarang berlaku, sesuatu saluran TV mungkin mengeluarkan gambar yang berubah-ubah atau tidak stabil.
Menggunakan Menu: Memasang Menyunting Saluran Ciri ini membenarkan anda untuk menyunting atau meloncat saluran daripada senarai saluran yang mempunyai isyarat buruk atau lemah atau saluran yang anda tidak selalu tonton. Nota: Sebaik saja saluran diloncat, anda tidak boleh memilihnya dengan kekunci CH – atau +. Anda hanya boleh mengakses ke saluran itu dengan kekunci angka. Pilih SALURAN EDIT dalam menu MEMASANG. Tekan kursor ke kanan untuk masuk ke senarai saluran.
Menggunakan Menu: Gambar Mengakses Menu Tekan kekunci MENU untuk paparkan menu utama. Pilih GAMBAR. Tekan kursor ke kanan untuk memasuki submenu GAMBAR. Gunakan kursor pada arah atas/bawah untuk memilih satu perkara. Gunakan kursor dalam arah kiri/kanan untuk membuat perubahan atau penetapan. Tekan kekunci MENU untuk kembali atau tekan kekunci OSD untuk mematikan menu. Perkara Menu Gambar Brightness (Kecerahan) Membenarkan anda untuk mengubah kadar kecerahan gambar.
Menggunakan Menu: Gambar Menggunakan Auto IntelliSense® TV unjur anda mempunyai tiga tiub unjur warna: satu untuk merah, satu untuk hijau, dan satu lagi untuk biru. Apabila dicampurkan dalam kadar yang betul, alur warna yang datang daripada tiub boleh mengeluarkan sebarang warna. Untuk membuat gambar yang terang, walau bagaimanapun, alur warna ini mesti disejajarkan dengan tepat. Pensejajaran ini dipanggil ‘convergence’ (penumpuan).
Menggunakan Penumpuan Secara Manual Berbilang Titik Merah/Biru Kawalan Berbilang Titik Merah/Biru membenarkan anda untuk melaras pemusatan gambar pada titik tertentu di skrin TV. Nota: Benarkan TV untuk panas selama 20 minit sebelum melaras penumpuan. Laraskan Menumpukan Merah atau Menumpukan Biru sebelum menggunakan kawalan Berbilang Titik Merah/Biru. Lihat muka surat sebelum ini. Pilih MULTIPOIN MERAH atau MULTIPOIN BIRU di menu PUSAT MANUAL. Tekan kursor ke kanan untuk memasuki mod kemudi.
Menggunakan Menu: Bunyi Mengakses Menu Tekan kekunci MENU untuk memaparkan menu utama. Tekan BUNYI dengan kursor ke bawah. Tekan kursor ke kanan untuk mengakses submenu BUNYI. Gunakan kursor dalam arah atas/bawah untuk memilih perkara. Gunakan kursor dalam arah kiri/kanan untuk membuat pelarasan atau penetapan. Tekan kekunci MENU untuk kembali atau tekan kekunci OSD untuk mematikan menu. Perkara-perkara Menu Bunyi Trebel Melemah atau menguatkan tindak balas frekuensi rendah isyarat output audio.
Menggunakan Menu: Ciri Ciri Mengakses Menu Tekan kekunci MENU untuk memaparkan menu utama. Pilih CIRI dengan kursor ke bawah. Tekan kursor ke kanan untuk mengakses submenu CIRI. Gunakan kursor dalam arah ke atas/bawah untuk memilih perkara. Gunakan kursor dalam arah ke kiri/kanan untuk membuat penetapan. Tekan kekunci MENU untuk kembali atau tekan kekunci OSD untuk mematikan menu.
Menggunakan Menu: Ciri Ciri Dengan menggunakan kursor ke kanan, pilih SATU KALI atau HARIAN, mengikut kehendak anda sama ada ingin megaktifkan pemasa pada saluran yang dipilih dan masa yang dipilih setiap hari atau sekali saja. Memaparkan Masa Pilih PAPARAN dengan kursor ke bawah. Tekan kursor ke kanan untuk memilih PASANG atau PADAM, mengikut kehendak sama ada anda ingin memaparkan masa semasa pada skrin atau tidak. Tekan kekunci MENU atau kekunci OSD kekuncimuntuk mematikan menu.
Memilih Format Skrin Untuk sumber AV1, CVI, AV2, atau AV3: Pilihan Format Skrin TV memberikan anda flesibiliti di dalam menonton sumber video. Pilih format skrin menggunakan kekunci kursor ke atas/bawah atau menu di skrin. Untuk menggunakan menu di skrin: Pilih FORMAT di dalam menu CIRI. Tekan kursor ke kanan berulang kali untuk memutar melalui format skrin yang berbeza dan pilih format yang anda ingini.
Menggunakan Lungsur Bijak Menambah Saluran Kepada Senarai Lungsur Anda boleh memilih senarai atau siri saluran yang ditonton sebelum ini dengan kekunci SURF. Ciri ini membenarkan anda untuk menukar di antara program TV yang anda minati pada masa ini. Anda boleh mempunyai sehingga 10 saluran di dalam senarai SURF. Lima saluran ditunjukkan di dalam senarai pada satu masa. Tekan kursor ke bawah/atas seperti yang diperlukan untuk melihat semua saluran di dalam senarai.
Menggunakan Gambar Bijak Dan Bunyi Bijak Ciri Gambar Bijak menawarkan anda pilihan sebanyak lima penetapan gambar: Personal (Peribadi), Rich (Garang), Natural (Semula jadi), Soft (Lembut) dan Multimedia. Bunyi bijak menawarkan anda pilihan empat penetapan bunyi: Personal (Peribadi), Voice (Suara), Music (Musik) dan Theatre (Teater). Tekan kekunci GAMBAR BIJAK (SMART `) atau BUNYI BIJAK (SMART±) pada alat kawalan jauh berulang kali untuk melihat penetapan dan pilih mod yang diingini.
Menggunakan Teleteks (Jika Disediakan) Kebanyakan saluran TV menyiarkan maklumat melalui Teleteks. Setiap saluran yang menyiarkan teleteks menghantar muka surat dengan maklumat bagaimana untuk menggunakan sitem teleteksnya. Cari muka surat teleteks di dalam indeks utama (biasanya muka. 100). Bergantung kepada saluran TV, teleteks dihantar dalam system yang berbeza. Warna yang digunakan di dalam baris pilihan sepadan dengan kekunci warna pada alat kawalan jauh anda.
Melihat-lihat Muka Surat Teleteks dengan Pantas Tekan kursor ke atas/bawah atau kekunci CH +/– untuk melalui muka surat sebelum atau selanjutnya. Memilih Muka Surat Teleteks Indeks h f e Tekan kekunci OSD untuk kembali ke indeks utama (biasanya muka. 100). Memilih sub muka surat Apabila muka surat teleteks yang dipilih terdiri daripada pelbagai sub muka surat, satu daripada sub muka surat tersebut akan muncul di skrin.
Menggunakan Peralatan Persisian Anda boleh menyambungkan pelbagai jenis peralatan video dan audio ke TV anda dengan banyak cara. Muka surat ini dan yang berikutnya memberi gambaran keseluruhan tentang kesesuaian dan jenis peralatan yang anda boleh sambungkan ke soket. Contoh sambungan menyusuli pada muka surat seterusnya. Jika perlu, rujuk kepada buku panduan peralatan persisian juga.
dengan video komponen output YPbPr atau RGB ke soket AV4. Sambungan H dan V Sync mungkin atau mungkin tidak diperlukan untuk sambungan RGB. Gunakan soket AUDIO AV4 L(Kiri) dan R(Kanan) untuk sambungan bunyi. Input Berdefinisi Tinggi – Rujukan ‘Synchronizing’ Video Lihat buku panduan untuk peralatan digital yang anda sambungkan. Input Keterangan Video Menerima Video Sync mengikut: 480p (60Hz) EIA/CEA-770.2-C AV4, AV5 1080i (60Hz) EIA/CEA-770.3-C 576p (50Hz) ITU-R BT.
Menyambung Peralatan Persisian Menetapkan Ruang Warna AV4 dan AV5 Istilah colour space merujuk kepada bagaimana warna didefinisikan dan timbul pada TV anda. Apabila membuat sambungan pada soket AV4 atau AV5, anda perlu memastikan bahawa ruang warna TV ditetapkan untuk disamakan dengan output persisian yang telah anda sambung. Tekan kekunci AV pada alat kawalan jauh seberapa banyak kali yang perlu untuk memilih input definisi-tinggi yang anda inginkan, soket AV4 atau AV5.
Penjagaan, Pembersihan Dan Tip AMARAN Mengenai Imej tidak bergerak di skrin TV: Jangan biarkan imej tidak bergerak atau “peti surat” di skrin untuk jangka masa yang lama. Ini boleh menyebabkan penuaan tiub gambar tidak rata. Penggunaan biasa TV harus melibatkan tayangan gambar yang mengandungi imej yang sentiasa bergerak dan bertukar yang memenuhi skrin.
Sebelum Mendapatkan Khidmat Pembaikan Tanda Apa yang perlu dilakukan Alat Kawalan Jauh Tidak berfungsi • • • • Periksa bateri dipasang dengan betul. Gantikan bateri, jika perlu. Bersihkan alat kawalan jauh dan tetingkap sensor alat kawalan jauh di TV. Tidak melebihi 6 meter dari TV apabila menggunakan alat kawalan jauh dan tujukan alat kawalan jauh ke arah tetingkap sensor alat kawalan jauh TV. • Jika alat kawalan jauh masih tidak boleh berfungsi, gunakan kekunci di TV.
Spesifikasi Gambar/Paparan • Nisbah Aspek: 4:3 Kemudahan • Perlindungan Kanak-kanak: Kunci daripada Kanak-kanak, Kawalan Ibubapa • Teknologi Paparan:TV unjur, CRT, 7” didinginkan oleh cecair • Fungsi Jam: Jam • Peningkatan Gambar ‘Acclearium Digital Optics’, Active Control,APAC, Auto Intellisense, Black Stretch, Blue Stretch, Digital Comb Filter, Suhu Warna, Digital Crystal Clear, Pengurangan Bunyi Bising Digital, Kontras Dinamik, Skan Progresif, 100Hz Skan Digital • Peningkatan yang Memudahkan: Mod Au