User Manual

10
Menyunting Saluran
Ciri ini membenarkan anda untuk menyunting atau meloncat
saluran daripada senarai saluran yang mempunyai isyarat buruk
atau lemah atau saluran yang anda tidak selalu tonton.
Nota: Sebaik saja saluran diloncat, anda tidak boleh memilihnya
dengan kekunci CH – atau +. Anda hanya boleh mengakses ke
saluran itu dengan kekunci angka.
Pilih SALURAN EDIT dalam menu MEMASANG.
Tekan kursor ke kanan untuk masuk ke senarai saluran.
Pilih saluran yang anda ingin meloncat dengan kursor ke atas/
bawah.
Tekan kursor ke kanan untuk meloncat saluran yang dipilih.
Mesej
LANGKAU dipaparkan.
Tekan kursor ke atas/bawah untuk memilih saluran lain dan
ulangi langkah ke 4.
Tekan kursor ke kiri atau kekunci MENU untuk kembali ke
menu MEMASANG atau kekunci OSD untuk mematikan
menu.
Nota: Untuk menambah semula saluran ke senarai, ulangi
langkah 1-4 dan tekan kekunci
OSD untuk mematikan menu.
Menamakan Saluran
Adalah mungkin untuk anda memberikan nama pada sesuatu
saluran TV. Ciri ini membenarkan anda untuk masuk ke nama atau
menukarkan nama sesuatu saluran yang ada, termasuk persisian.
Nota: Walaupun anda telah memilih bahasa lain pada menu
LANGUAGE, huruf bahasa Inggeris sahaja yang ditawarkan untuk
saluran TV yang disimpan.
Pilih satu saluran TV atau persisian yang anda ingin berikan
nama atau menukarkan nama yang sedia ada.
Pilih NAMA pada menu MEMASANG.
Tekan kursor ke kanan untuk masuk ke menu.
Masukkan huruf yang dipilih dengan kursor ke atas/bawah.
Beralih ke huruf seterusnya dengan kursor ke kanan dan
masukkan huruf seterusnya. Anda boleh memasukkan sehingga
maksimum lima huruf.
Tekan kekunci MENU untuk menyimpan saluran yang telah
dinamakan.
Menggunakan Menu: Memasang