User Manual

12
Menggunakan Auto IntelliSense
®
TV unjur anda mempunyai tiga tiub unjur warna: satu untuk merah,
satu untuk hijau, dan satu lagi untuk biru. Apabila dicampurkan
dalam kadar yang betul, alur warna yang datang daripada tiub boleh
mengeluarkan sebarang warna. Untuk membuat gambar yang terang,
walau bagaimanapun, alur warna ini mesti disejajarkan dengan tepat.
Pensejajaran ini dipanggil ‘convergence’ (penumpuan). Hentakan
dan getaran, menggerakkan TV, atau kehadiran lapangan magnetik
boleh menyebabkan alur warna tidak disejajar dengan betul, atau
tidak tetumpu, hasilnya ialah gambar yang tidak jelas. Dengan
menggunakan cirri Auto IntelliSense
®
, anda boleh secara automatik
melaraskan penumpuan dalam masa 20 saat atau kurang.
Nota: Benarkan TV untuk panas selama 20 minit sebelum
menggunakan AutoIntelliSense
®
.
Mengaktifkan AutoIntelliSense
®
Melalui Menu
di Skrin
Tekan INTELLISENSE di menu MEMASANG.
Tekan kursor ke kiri atau kanan untuk mengaktifkan
AutoIntelliSense
®
. Penumpuan gambar akan diselasaraskan
secara automatik dalam masa 20 saat.
Mengaktifkan AutoIntelliSense
®
Menggunakan
Kekunci TV
Dengan TV dihidupkan, tekan kekunci Intellisense di hadapan TV.
Penumpuan gambar akan diselaraskan dalam masa 20 saat.
Nota: Anda juga boleh melaras penumpuan gambar untuk
menyesuaikan kehendak peribadi anda atau untuk memperhalusi
penalaan gambar. Lihat bahagian yang seterusnya menggunakan
kawalan PUSAT MANUAL.
Menggunakan Menumpukan Secara Manual:
Merah/Biru Tertumpu
Dengan menggunakan ciri Auto IntelliSense
®
, anda boleh secara
automatik melaras penumpuan dalam masa 20 saat atau kurang
(lihat muka sebelum ini). Juga, jika anda inginkan, anda boleh
menggunakan kawalan Menumpukan Secara Manual untuk membuat
pelarasan penumpuan tambahan untuk menyesuaikan dengan
kehendak peribadi anda atau untuk memperhalusi penalaan gambar.
Nota: Benarkan TV untuk panas selama 20 minit sebelum melaras
penumpuan.
Pilih PUSAT MANUAL di menu GAMBAR.
Tekan kursor ke bawah dan pilih sama ada TUMPUAN MERAH
atau TUMPUAN BIRU.
Nota: Jika pelbagai imej di dalam gambar mempunyai
garisan
luar berwarna merah, pilih TUMPUAN MERAH. Jika pelbagai
imej di dalam gambar mempunyai garisan luar berwarna biru, pilih
TUMPUAN BIRU
.
Gunakan kursor ke kanan, kiri, atas, atau bawah untuk melaras
‘rerambut’ berpangkah sehingga garisan luar warna sudah tiada
lagi. Pelarasan secara automatik disimpan di dalam memori TV
apabila anda keluar daripada mod pelarasan.
Tekan kekunci MENU untuk kembali atau kekunci OSD untuk
mematikan menu tersebut.
Periksa gambar TV. Jika sebarang garisan luar kekal di sekeliling
imej, gunakan kawalan MULTIPOIN MERAH (untuk garisan
luar merah) atau MULTIPOIN BIRU (untuk garisan luar biru).
Lihat bahagian selanjutnya untuk arahan menggunakan kawalan-
kawalan ini.
Menggunakan Menu: Gambar
Tekan untuk memulakan
penumpuan gambar
secara automatik
Kekunci TV