User Manual

16
Dengan menggunakan kursor ke kanan, pilih SATU KALI atau
HARIAN, mengikut kehendak anda sama ada ingin megaktifkan
pemasa pada saluran yang dipilih dan masa yang dipilih setiap
hari atau sekali saja.
Memaparkan Masa
Pilih PAPARAN dengan kursor ke bawah.
Tekan kursor ke kanan untuk memilih PASANG atau PADAM,
mengikut kehendak sama ada anda ingin memaparkan masa
semasa pada skrin atau tidak.
Tekan kekunci MENU atau kekunci OSD kekuncimuntuk
mematikan menu.
Mengaktifkan Kunci daripada Kanak-kanak
Ciri Kunci daripada Kanak-kanak membenarkan anda untuk
mengunci saluran untuk mencegah kanak-kanak daripada
menonton program tertentu.
Memasuki Kod Akses
Pilih PENGUNCI di dalam menu CIRI.
Tekan kursor ke kanan untuk memasuki KOD MASUK.
Masukkan kod akses 0711 (kod akses ‘default’) Mesej TDK
BETUL akan muncul.
Masukkan kod akses 0711 untuk kali kedua. Mesej BETUL akan
muncul dan membuat menu Child Lock boleh diakses.
Menukar Kod Akses
Pilih MENUKAR KOD untuk memasukkan kod akses pilihan
anda.
Tekan kursor ke kanan untuk memasuki mod MENUKAR
KOD.
Masukkan kod akses pilihan anda dan sahkannya semula. Mesej
BETUL akan muncul.
Mengaktifkan Kunci Daripada Kanak-kanak
Pilih SALURAN KUNCI di dalam menu PENGUNCI.
Nota: Masukkan kod akses jika diminta. Lihat di atas.
Tekan kursor ke kanan untuk memasuki mod SALURAN
KUNCI.
Gunakan kursor ke atas/bawah untuk memilih saluran yang
anda ingin kunci.
Tekan kursor ke kanan untuk mengunci saluran. Simbol kunci
kekunci akan muncul sebelah saluran yang dikunci.
Mulai sekarang, saluran(-saluran) yang dikunci boleh diakses
hanya melalui alat kawalan jauh.
Ulangi langkah 1-4 untuk membuka kunci saluran yang dikunci.
Untuk memadam semua saluran yang dikunci sekali, pilih
PADAM SEMUA di dalam menu
PENGUNCI dan tekan
kursor ke kanan. Mesej
DIPADAMKAN akan muncul.
Tekan kekunci MENU untuk kembali atau kekunci OSD untuk
mematikan menu.
Menggunakan Menu: Ciri Ciri