User Manual

24
Menyambung Peralatan Persisian
Menetapkan Ruang Warna AV4 dan AV5
Istilah colour space merujuk kepada bagaimana warna didefinisikan
dan timbul pada TV anda. Apabila membuat sambungan pada
soket AV4 atau AV5, anda perlu memastikan bahawa ruang warna
TV ditetapkan untuk disamakan dengan output persisian yang telah
anda sambung.
Tekan kekunci AV pada alat kawalan jauh seberapa banyak
kali yang perlu untuk memilih input definisi-tinggi yang anda
inginkan, soket AV4 atau AV5.
Tekan kekunci MENU untuk paparkan menu.
Pilih MEMASANG dengan kursor ke bawah..
Tekan kursor ke kanan untuk memasukkan menu
MEMASANG.
Kursor ke bawah sehingga input definisi-tinggi (AV4 atau AV5)
dipilih.
Penetapan ruang-warna semasa muncul ke kanan AV4 atau
AV5. Untuk menukar penetapan, kursor ke kiri atau ke kanan.
Tekan kekunci OSD untuk mematikan menu.
Memilih Peralatan Yang Disambung Untuk Melihat
Peralatan yang Disambung dengan Kabel
Aerial Sahaja
Pilih nombor saluran di mana anda telah simpan isyarat ujian
dengan kekunci angka.
Peralatan yang Disambung ke belakang atau
ke tepi TV (AV3)
Tekan kekunci AV berulangkali untuk memilih AV1, CVI, AV2,
AV3, AV4, atau AV5, mengikut di mana anda menyambungkan
peralatan samada di belakang atau di tepi TV.
Pilih CVI untuk melihat main-semula cakera DVD jika anda ingin
menggunakan komponen input soket video INPUT-AV1 (Y-Pb-Pr
dan AUDIO L [mono] dan input R)
Saluran TV
Masukkan nombor saluran bagi saluran TV yang anda ingin tonton
dengan kekunci angka atau CH +/–.
AV