User Manual

25
Penjagaan, Pembersihan Dan Tip
AMARAN Mengenai Imej tidak bergerak di skrin TV:
Jangan biarkan imej tidak bergerak atau “peti surat” di skrin untuk jangka masa yang lama. Ini boleh
menyebabkan penuaan tiub gambar tidak rata.
Penggunaan biasa TV harus melibatkan tayangan gambar yang mengandungi imej yang sentiasa bergerak dan bertukar yang memenuhi
skrin. Berhati-hati supaya tidak membiarkan imej di skrin untuk jangka masa yang lama atau terlalu kerap memaparkan imej yang sama di
skrin, kerana imej kabur yang lembut boleh ditinggalkan di tiub gambar. Elak daripada menunjukkan imej tidak bergerak yang sama lebih
dari 15 peratus daripada jumlah tontonan di dalam satu minggu. Sumber imej tidak bergerak mungkin daripada cakera DVD, cakera
laser, permainan video, cakera CD-i, pita video, peti televisyen digital, saluran yang dipancarkan, saluran kabel, saluran satelit, dan lain-lain.
Berikut adalah beberapa contoh imej tidak bergerak (ini bukanlah senarai yang merangkumi semua; anda mungkin akan menghadapi yang
lain semasa tontonan anda):
Menu DVDmenyenaraikan kandungan cakera DVD.
Sempadan hitam “Petisurat” – bar hitam ditunjukkan sepanjang hujung gambar apabila tayangan skrin lebar (16:9) dimainkan di TV.
Imej dan papan markah permainan video.
Logo stesyen televisyen – mendatangkan masalah jika ia terang dan tidak bergerak; grafik yang berkontras rendah atau bergerak
kurang untuk menyebabkan penuaan tiub gambar yang tidak rata.
Panduan pasaran saham – disampaikan di bawah skrin TV.
Paparan logo saluran membeli-belah dan harga – terang dan ditunjukkan dengan kerap atau berulangkali di lokasi yang sama di skrin
TV.
Semua tiub gambar menjadi ‘tua’ dengan penggunaan, dengan output cahayanya mula hilang dengan perjalanan masa. Tetapi dengan
mengekalkan penggunaan biasa – mencampurkan jenis gambar televisyen - anda akan mewujudkan keadaan untuk tiub menjadi tua pada
kadar yang sama. Hasilnya ialah gambar TV yang sama terang di seluruh skrin.
Meletakkan TV
Lihat muka surat 4.
Membersihkan
Untuk mengelakkan bahaya kejutan yang mungkin berlaku, pastikan untuk mencabut palam dari salur elektrik sebelum membersihkan.
Bersihkan habuk TV dengan kerap menggunakan pemadam yang kering, tidak calar untuk memastikan kebersihan TV.
Apabila membersihkan TV, pastikan tidak mencalar atau merosakkan permukaan skrin. Elak daripada memakai barang kemas atau
menggunakan sesuatu yang kasar. Jangan gunakan pembersih rumah. Lapkan bahagian hadapan skrin dengan kain bersih yang lembab
menggunakan air. Gunakan strok yang rata, mudah dan menegak apabila membersihkan.
Dengan perlahan lap permukaan peti TV dengan menggunakan kain atau span yang bersih yang dilembabkan dengan larutan air yang
dingin, jernih dan sabun atau detergen tidak kasar apabila membersihkan.
Sekali-sekala vakum lubang-lubang udara atau slot di belakang penutup TV.
Jangan sekali-kali menggunakan ‘thinner’, semburan racun serangga, atau kimia lain di atas atau berdekatan dengan peti TV, kerana ia
mungkin akan mencalarkan kemasan peti TV secara kekal.
Tip
Jangan alih atau gerakkan peti di sekeliling apabila ia masih dihidupkan. Warna yang tidak sama rata pada beberapa bahagian skrin
mungkin akan berlaku.
Pembuangan TV Yang Tamat Hayatnya
Philips memberi perhatian kepada produknya yang mesra alam. TV baru anda mengandungi bahan yang boleh dikitar dan diguna semula.
Syarikat-syarikat khusus boleh menanggalkan TV anda yang dibuang pada penghujung hayatnya, menumpukan kepada bahan yang boleh
diguna semula dan mengurangkan jumlah bahan untuk dibuang. Pastikan untuk membuang TV lama anda mengikut peraturan tempatan.
Pembuangan Bateri Yang Sudah Kehabisan
Bateri yang dibekalkan tidak mengandungi logam berat merkuri dan kadmium. Walau bagaimanapun, di kebanyakan negara bateri yang
sudah kehabisan tidak boleh dibuang bersama dengan sampah biasa anda. Pastikan anda membuang bateri yang kehabisan mengikut
peraturan tempatan.