User Manual

26
Sebelum Mendapatkan Khidmat Pembaikan
Gambar bersalji dan bunyi bising Periksa sambungan antena.
Tanda Apa yang perlu dilakukan
Alat Kawalan Jauh Tidak berfungsi Periksa bateri dipasang dengan betul.
Gantikan bateri, jika perlu.
Bersihkan alat kawalan jauh dan tetingkap sensor alat kawalan jauh di TV.
Tidak melebihi 6 meter dari TV apabila menggunakan alat kawalan jauh dan tujukan alat kawalan
jauh ke arah tetingkap sensor alat kawalan jauh TV.
Jika alat kawalan jauh masih tidak boleh berfungsi, gunakan kekunci di TV.
Tiada kuasa Periksa kod kuasa TV dipalamkan ke soket utama. Jika masih tiada kuasa, cabut palam. Tunggu
selama 60 saat dan masukkan semula palam kemudian hidupkan TV semula.
Lihat sama ada salur keluar dikawal oleh suis dinding.
Jika anda menggunakan jalur kuasa AC, pastikan fius di jalur kuasa tidak rosak.
Tiada gambar Periksa sambungan antena di belakang TV untuk melihat sama ada ia disambungkan ke terminal
input TV.
Stesyen pemancar mungkin sedang mengalami kesukaran. Cuba saluran lain.
Selaras penetapan kontras dan kecerahan atau pilih penetapan gambar lain dengan kekunci
Gambar Bijak di alat kawalan jauh.
Jika menggunakan peralatan persisian melalui input A/V, pastikan ia telah disambung dengan
sempurna.
Pastikan anda telah memilih sumber isyarat yang betul untuk tontonan.
Jika anda cuba untuk menonton gambar daripada pemain DVD berupaya skan progresif yang
disambungkan ke soket AV4 atau AV5, pastikan outputnya ditetapkan dengan betul (kepada HD
atau SD) berdasarkan sambungan ke TV yang telah dilakukan.
Jika anda menggunakan penerima HD, pastikan outputnya ditetapkan dengan betul (kepada HD
atau SD), berdasarkan sambungan ke TV yang telah anda lakukan.
Gambar baik tetapi tiada bunyi Tinggikan volumnya.
Periksa TV tidak disenyapkan; tekan kekunci
[ di alat kawalan jauh.
Apabila tiada isyarat yang dikesan, TV secara automatik akan mematikan bunyi. Ini adalah operasi
yang sempurna dan tidak menunjukkan kerosakan.
Periksa penetapan bunyi sistem penghantaran di TV
Bunyi baik tetapi warna kurang baik atau tiada
gambar
Laraskan penetapan kontras dan kecerahan atau pilih penetapan gambar lain dengan kekunci
Gambar Bijak di alat kawalan jauh.
Periksa penetapan warna sistem penghantaran di TV ini.
Gambar kurang baik Kualiti gambar kurang baik kadang-kala berlaku apabila kamera S-VHS atau camcorder telah
disambungkan ke panel sisi (AV3) TV apabila satu lagi persisian disambungkan ke AV1 dan AV2
secara serentak. Di dalam keadaan ini, matikan salah satu daripada persisian ini.
Tompok berwarna (tidak rata) Matikan TV menggunakan kekunci kuasa utama. Tunggu selama 20 minit sebelum
menghidupkannya semula.
Pastikan anda telah membuat penyambungan dengan betul.
Jika anda telah menyambungkan peralatan digital ke soket AV4 atau AV5, periksa penetapan
ruang warna di peralatan atau TV dan tukarkan penetapan di salah satu jika perlu.
Periksa untuk memastikan TV tidak diletakkan terlalu dekat dengan speaker atau objek magnetik.
Laraskan penumpuan TV.
Garisan berbintik mendatar Ini mungkin disebabkan oleh gangguan elektrik dari perkakas seperti pengering rambut atau
hampagas atau sumber lain seperti lampu neon. Matikan perkakas atau gerakkan TV.
Imej berganda atau imej “berhantu” (kabur) Bangunan tinggi atau bukit mungkin menghalang penerimaan. Cuba menggunakan antena berarah
tinggi untuk memperbaiki gambar.
Satu garisan putih merentasi skrin Matikan TV dengan segera dan rujuk kepada pegawai perkhidmatan yang bertauliah.
Gangguan bunyi NICAM (bunyi geresek)
Ini mungkin disebabkan oleh kedudukan antena atau isyarat yang dipantulkan.
Tukar kepada “MONO” dengan menekan kekunci
pada alat kawalan jauh.
Jika masalah anda tidak diselesaikan, matikan TV dan kemudian hidupkan semula sekali lagi. Jangan cuba untuk
membaiki sendiri TV yang rosak. Periksa dengan penjual anda atau hubungi teknisyen TV.