User Manual

4
INTELLISENSECHANNELVOLUME MENU POWER
Memasang TV
Faedah utama televisyen unjur adalah skrin tontonanya yang
luas. Untuk melihat skrin yang luas dengan cara terbaik, uji
beberapa lokasi di dalam bilik untuk mencari sudut optimum
tontonan.
Pastikan untuk memberi ruang minimum 15 cm di sekeliling
TV.
Untuk mengelakkan kabinet meleding (warping), perubahan
warna kabinet, dan peluang yang tinggi untuk kerosakan TV,
jangan letakkan TV di mana suhu boleh menjadi terlalu panas
- contohnya, di bawah cahaya matahari terik atau berdekatan
alat pemanas.
Medan magnet, seperti yang terdapat di speaker luaran, boleh
menyebabkan gambar menjadi herot jika speaker diletakkan
terlalu dekat dengan televisyen. Jarakkan sumber medan
magnet jauh daripada TV sehingga tiada lagi herotan gambar.
Masukkan palam aerial ke dalam soket ANTENA MASUK 75
di belakang TV.
Masukkan palam utama ke dalam soket tembok. Rujuk pada
belakang TV untuk operasi voltan yang betul. Minta nasihat
penjual tempatan jika bekalan utama anda berlainan. Untuk
mengelakkan daripada kerosakan kord utama (AC), yang boleh
menyebabkan kemalangaan, jangan letakkan TV anda di atas
kord.
Buka penutup petak bateri pada alat kawalan jauh. Masukkan
kedua-dua bateri yang dibekalkan. (Jenis R6-1.5V).
Bateri-bateri yang dibekalkan tidak mengandungi logam berat
seperti merkuri dan kadmium. Walau bagaimanapun, di dalam
kebanyakan negara, bateri yang sudah tidak berfungsi tidak
patut di buang bersama sampah-sarap biasa. Pastikan cara-
cara menghapuskan bateri ini mengikut peraturan kerajaan
tempatan.
Sila lihat kenyataan penjagaan bateri pada mukasurat 2.
Nota: Alat kawalan jauh ini boleh berfungsi dengan televisyen
yang menggunakan piawai isyarat RC5.
Hidupkan TV: Tekan suis kuasa utama di hadapan TV. Jika
kekunci Sedia dinyalakan, tekan kekunci CH +/–, kekunci angka,
atau kekunci Kuasa pada alat kawalan jauh. Atau tekan kekunci
Sedia atau CH di hadapan TV.
Soket ANTENA MASUK
75di belakang TV
75
KUASA
Suis Kuasa Utama
Jangan
meletakkan TV
pada cahaya
matahari terik
atau berdekatan
alat pembakar.
15 cm
15 cm15 cm