operation manual

Menggunakan perkakas
Perapian janggut dan janggut baru tumbuh
Apabila anda merapikan janggut anda buat kali
pertama, berhati-hatilah. Jangan gerakkan perapi
terlalu pantas. Buat gerakan-gerakan yang lancar
dan lembut.
Merapikan janggut dengan sikat janggut
1 Pasangkan perapi pada pemegang (1).
Putarkan perapi mengikut arah jam untuk
menetapkannya (2).
2 Luncurkan sikat perapi janggut ke dalam alur
pemandu pada kedua-dua belah pemegang.
3 Tekan pemilih tetapan (1) dan luncurkan sikat
ke tetapan panjang rambut yang diingini (2).
Anda boleh memilih mana-mana tetapan antara
1 dan 18mm.
4 Hidupkan suis perkakas.
5 Gerakkan perapi secara perlahan-lahan
melawan arah pertumbuhan rambut. Tekan
sedikit dan pastikan bahawa permukaan sikat
sentiasa bersentuhan sepenuhnya dengan kulit.
Nota: Apabila anda merapikan buat kali pertama,
mulakan pada tetapan tertinggi (18mm) untuk
membiasakan diri anda dengan perkakas.
BAHASA MELAYU 59