User's Manual

111
6 Penyelesaian Masalah
Bab ini memberikan penyelesaian untuk isu yang anda mungkin
hadapi dengan penghala anda. Jika anda menghadapi masalah
yang tidak disebut dalam bab ini, lawat laman sokongan ASUS
di: http://support.asus.com/ untuk maklumat produk lanjut dan
butiran untuk dihubungi Sokongan Teknikal ASUS.
6.1 Penyelesaian Masalah Asas
Jika anda mengalami masalah dengan penghala anda, cuba
langkah asas dalam bahagian ini sebelum mencari penyelesaian
lanjut.
Naik taraf Perisian Tegar ke versi terkini.
1. Lancarkan Web GUI. Pergi ke tab Advanced Settings
(Tetapan Lanjut) > Administration (Pentadbiran) >
Firmware Upgrade (Naik Taraf Perisian Tegar). Klik Check
(Periksa) untuk mengesahkan jika perisian tegar terkini
tersedia.
2. Jika perisian tegar tersedia, lawat laman web global
ASUS di http://www.asus.com/Networks/Wireless_
Routers/4GAC55U/#download untuk memuat turun perisian
tegar terkini.
3. Daripada halaman Firmware Upgrade (Naik Taraf Perisian
Tegar), klik Browse (Imbas) untuk mencari fail perisian tegar.
4. Klik Upload (Muat Naik) untuk menaik taraf perisian tegar.
Mula semula rangkaian anda dalam urutan berikut:
1. Matikan modem.
2. Cabut keluar palam.
3. Matikan penghala dan komputer.
4. Palamkan modem.
5. Hidupkan modem dan tunggu selama 2 minit.
6. Hidupkan penghala dan tunggu selama 2 minit.
7. Hidupkan komputer.