User's Manual

25
3.1.5 Memantau peranti USB anda
Penghala wayarles ASUS menyediakan dua port USB untuk
menyambungkan peranti USB atau pencetak USB bagi
membolehkan anda berkongsi fail dan pencetak dengan klien
dalam rangkaian anda.
Untuk memantau peranti USB anda:
1. Daripada panel navigasi, pergi ke tab General (Am) >
Network Map (Peta Rangkaian)
2. Pada skrin Network Map (Peta Rangkaian), pilih ikon Status
Cakera USB untuk memaparkan maklumat peranti USB
anda.
3. Pada medan Media Server (Pelayan Media), klik GO
(Pergi) untuk menetapkan iTune dan pelayan DLNA untuk
perkongsian fail media setempat.
NOTA: Penghala wayarles berfungsi dengan kebanyakan USB HDD/
Cakera kilat (sehingga saiz 2 TB) dan menyokong akses baca-tulis untuk
FAT16, FAT32, EXT2, EXT3 dan NTFS.
4. Pada medan AiDisk Wizard, klik GO (pergi) untuk
menyediakan pelayan FTP untuk perkongsian fail Internet.
5. Untuk mengeluarkan Cakera USB dari antara muka USB, klik
butang Remove (Alih Keluar) pada medan Safely Remove
disk (Mengeluarkan cakera dengan selamat). Apabila
cakera USB berjaya dilecitkan, status USB menunjukkan
Unmounted (Nyahlekap).