User's Manual

26
4 Mengkonfigurasikan Tetapan
Lanjutan
4.1 Wayarles
4.1.1 Umum
Tab Am membolehkan anda mengkonfigurasikan tetapan
wayarles asas.
Untuk mengkonfigurasi tetapan wayarles asas:
1. Daripada panel navigasi, pergi ke tab Advanced Settings
(Tetapan Lanjutan) > Wireless (Wayarles) > General (Am).
2. Mengkonfigurasi konfigurasi asas wayarles untuk jalur
frekuensi 2.4GHz atau 5GHz.
3. Dalam medan SSID, berikan nama unik yang mengandungi
sehingga 32 aksara untuk SSID (Pengecam Set Perkhidmatan)
atau nama rangkaian untuk mengenal pasti rangkaian
wayarles anda. Peranti Wi-Fi boleh mengenal pasti dan
menyambung ke rangkaian wayarles melalui SSID ditentukan
anda. SSID pada panji maklumat dikemas kini apabila SSID
baru disimpan pada tetapan.