User's Manual

35
• Mendayakan penjadual wayarles: Pilih Yes (Ya) untuk mendayakan
perangkaian wayarles mengikut peraturan jadual berikut. Pilih No
(Tidak) untuk menyahdayakan peraturan jadual.
• Tarikh untuk Mendayakan Radio (hari kerja): Anda boleh
menyatakan hari kerja yang mana perangkaian wayarles didayakan.
• Masa bagi Hari untuk Mendayakan Radio: Anda boleh menyatakan
julat masa apabila perangkaian wayarles didayakan semasa hari kerja.
• Tarikh untuk Mendayakan Radio (hujung minggu): Anda boleh
menyatakan hari hujung minggu yang mana perangkaian wayarles
didayakan.
• Masa bagi Hari untuk Mendayakan Radio: Anda boleh menyatakan
julat masa apabila perangkaian wayarles didayakan semasa hujung
minggu.
• Tetapkan pengasingan AP: Item Tetapkan pengasingan Ap
menghalang peranti wayarles pada rangkaian anda daripada
berkomunikasi dengan antara satu sama lain. Ciri ini berguna
jika anda mahu mencipta rangkaian wayarles umum yang hanya
membenarkan tetamu untuk mengakses Internet. Pilih Yes (Ya) untuk
mendayakan ciri ini atau pilih No (Tidak) untuk menyahdayakan.
• Roaming Assistant (Bantuan Perayauan): Apabila persekitaran
wayarles anda mempunyai peruntukan beberapa AP (titik akses)
atau pengulang wayarles untuk merangkumi semua zon mati
wayarles. Apabila klien yang bersambung pada AP1 beralih dari
satu tempat dengan isyarat lebih baik ke tempat lain dengan isyarat
lemah tetapi terdapat isyarat lain dari AP2. Untuk mengelakkan
klien daripada kekal dengan AP1, anda boleh mendayakan Bantuan
Perayauan dan menetapkan nilai RSSI minimum sebagai ambang.
Apabila kualiti sambungan lebih rendah daripada ambang, AP1
memutuskan sambungan klien wayarles supaya ia boleh menilai
semula persekitaran wayarles untuk memilih AP dengan kualiti isyarat
terbaik, seperti AP2.
• Enable IGMP Snooping (Mendayakan Pengintipan IGMP): Apabila
pengintipan IGMP didayakan, trafik multisiar hanya dimajukan
kepada klien wayarles yang menjadi ahli kumpulan multisiar tertentu.
• Julat Berbilang (Mbps): Pilih julat penghantaran multisiar atau klik
Disable (Nyahdaya) untuk mematikan penghantaran tunggal secara
serentak.