User's Manual

70
Untuk menyediakan penapis URL:
1. Daripada panel navigasi, pergi ke tab Advanced Settings
(Tetapan Lanjutan) > Firewall (Tembok Api) > URL Filter
(Penapis URL).
2. Dalam medan Enable URL Filter (Dayakan Penapis URL),
pilih Enable (Dayakan).
3. Masukkan URL dan klik butang .
4. Klik Apply (Guna).
4.5.3 Penapis kata kunci
Penapis kata kunci menyekat akses ke laman web mengandungi
kata kunci yang dinyatakan.Untuk menyediakan penapis kata
kunci:
1. Daripada panel navigasi, pergi ke tab Advanced Settings
(Tetapan Lanjutan) > Firewall (Tembok Api) > Keyword
Filter (Penapis Kata Kunci).
2. Dalam medan Enable Keyword Filter (Dayakan Penapis
Kata Kunci), pilih Enable (Dayakan).
3. Masukkan perkataan atau frasa dan klik butang Add
(Tambah).
4. Klik Apply (Guna).
NOTA:
• Penapis Kata Kunci adalah berdasarkan pertanyaan DNS. Jika
klien rangkaian telah mengakses laman web seperti http://www.
abcxxx.com, maka laman web tidak akan disekat (cache DNS dalam
sistem menyimpan laman web yang dilawati sebelum ini). Untuk
menyelesaikan isu ini, kosongkan cache DNS sebelum menyediakan
Penapis Kata Kunci.
• Laman web termampat menggunakan pemampatan HTTP
tidak boleh ditapis. Halaman HTTPS juga tidak boleh disekat
menggunakan penapis kata kunci.
4.5.4 Penapis Perkhidmatan Rangkaian
Penapis Perkhidmatan Rangkaian menyekat pertukaran paket
LAN ke WAN dan mengehadkan klien rangkaian daripada
mengakses perkhidmatan web khusus seperti Telnet atau FTP.