User's Manual

Table Of Contents
122
5.4.1 Mengkofigurasikan tetapan muat turun Bit Torrent
Untuk mengkonfigurasikan tetapan muat turun BitTorrent:
1. Dari panel navigasi Download Master, klik Bit Torrent untuk
melancarkan halaman Bit Torrent Setting (Tetapan Bi
Torrent).
2. Pilih port khusus atau gunakan port lalai untuk tugas muat
turun anda.
3. Untuk mengelakkan kesesakan rangkaian, anda boleh
mengehadkan kelajuan muat naik dan muat turun maksimum
di bawah Speed Limits (Had Kelajuan).
4. Anda boleh mengehadkan jumlah maksimum rakan yang
dibenarkan dan dayakan atau nyahdayakan penyulitan fail
semasa muat turun.
5. Mendayakan rangkaian DHT (Jadual Cincang Diagihkan)
boleh meningkatkan kelajuan muat turun dan kadar
pemindahan dengan menyambung domain perkongsian
maklumat. Untuk menggunakan rangkaian DHT, penghala
wayarles anda juga perlu berkongsi maklumat tertentu
dengan ahli lain dalam rangkaian,
6. Mendayakan rangkaian PEX (Pertukaran Rakan) untuk
pertukaran maklumat rakan antara dua rakan yang
disambungkan dapat membantu anda untuk mengumpulkan
lebih ramai rakan dalam rangkaian.