User's Manual

Table Of Contents
127
6.2 Soalan Lazim (FAQ)
Saya tidak dapat mengakses GUI penghala
menggunakan penyemak imbas web
Jika komputer anda diwayarkan, periksa sambungan kabel
Ethernet dan status LED seperti yang diterangkan dalam
bahagian sebelum ini.
Pastikan anda menggunakan maklumat log masuk yang
betul. Nama log masuk dan kata laluan kilang lalai ialah
“admin/admin”. Pastikan kekunci Caps Lock dinyahdayakan
semasa anda memasukkan
maklumat log masuk.
Padam kuki dan fail dalam
penyemak imbas web anda.
Untuk Internet Explorer, ikuti
langkah ini:
1. Lancarkan Internet
Explorer, kemudian
klik Tools (Alatan) >
Internet Options (Pilihan
Internet).
2. Dalam tab General
(Umum), di bawah
Browsing history
(Sejarah pelayaran), klik Delete… (Padam...), pilih Fail
Internet sementara dan fail laman web dan Kuki dan
data laman web kemudian klik Delete (Padam).
NOTA:
Perintah untuk memadam kuki dan fail berbeza dengan penyemak
imbas web.
Nyahdayakan tetapan pelayan proksi, batalkan sambungan dailan
dan tetapkan tetapan TCP/IP untuk mendapatkan alamat IP secara
automatik. Untuk butiran lanjut, rujuk Bab 1 manual pengguna ini.
Pastikan anda menggunakan kabel ethernet CAT5e atau CAT6.