User's Manual

Table Of Contents
129
Internet berwayar tidak dapat diakses.
Periksa jika penghala anda boleh bersambung ke alamat IP
WAN ISP anda. Untuk melakukannya, lancarkan GUI web dan
pergi ke General (Am)> Network Map (Peta Rangkaian)
dan periksa Internet Status (Status Internet).
Jika penghala anda tidak boleh bersambung ke alamat IP
WAN ISP anda, cuba mula semula rangkaian anda seperti
yang diterangkan dalam bahagian Restart your network
in following sequence (Mula semula rangkaian anda
dalam urutan berikut) di bawah Basic Troubleshooting
(Penyelesai Masalah Asas).
Peranti telah disekat melalui fungsi Kawalan Ibu Bapa. Pergi
ke General (Am) > Parental Control (Kawalan Ibu Bapa)
dan lihat jika peranti dalam senarai. Jika peranti disenaraikan
di bawah Client Name (Nama Klien), buang peranti
menggunakan butang Delete (Padam) atau laraskan Tetapan
Pengurusan Masa.
Jika masih tiada akses Internet, cuba but semula komputer
anda dan sahkan alamat IP rangkaian dan alamat get laluan.
Periksa penunjuk status pada modem ADSL dan penghala
wayarles. Jika LED WAN pada penghala wayarles tidak HIDUP,
periksa jika semua kabel dipalam dengan betul.
Internet jalur lebar mudah alih tidak boleh diakses.
Masukkan SIM yang mempunyai langganan pelan data ke
dalam slot kad USIM. LED Jalur Lebar Mudah Alih 3G/4G
menyala, menunjukkan bahawa kad SIM dipasang dengan
betul.
Tetapan APN tidak digunakan secara automatik. Peroleh
tetapan perkhidmatan APN daripada ISP anda, kemudian
ikuti langkah-langkah di bawah untuk mengkonfigurasikan
tetapan APN secara manual.
Pergi ke tab Advanced Settings (Tetapan Lanjutan) >
WAN > Internet Connection (Sambungan Internet).