User's Manual

Table Of Contents
130
Dalam medan WAN Type (Jenis WAN), pilih Mobile
broadband (jalur lebar Mudah Alih).
Jika APN dikonfigurasikan dengan betul dan sambungan
Internet masih gagal, pastikan bahawa:
Jalur frekuensi serasi dengan ISP anda.
Penghala wayarles diletakkan dekat dengan tingkap
untuk isyarat 3G/4G yang kuat.
Pemicu port, pemajuan port, DDNS atau perkhidmatan DMZ
tidak dapat berfungsi. Kebanyakan ISP menyediakan alamat
IP persendirian untuk peranti jalur lebar mudah alih. Oleh itu,
beberapa perkhidmatan seperti AiCloud tidak boleh diakses.
Sila hubungi ISP anda untuk mendapatkan bantuan.
Anda terlupa SSID (nama rangkaian) atau kata laluan
rangkaian
Sediakan SSID dan kunci penyulitan baru melalui sambungan
berwayar (kabel Ethernet). Lancarkan GUI web, pergi ke
Network Map (Peta Rangkaian), klik ikon penghala,
masukkan SSID dan kunci penyulitan baru dan kemudian klik
Apply (Guna).
Tetap semula penghala anda ke tetapan lalai. Lancarkan GUI
web, pergi ke Administration (Pentadbiran) > Restore/
Save/Upload Setting (Pulih/Simpan/Muat Naik Tetapan)
dan klik Restore (Pulih). Akaun log masuk dan kata laluan
lalai ialah "admin".