User's Manual

Table Of Contents
46
3.6.2 Menggunakan Pusat Pelayan
Pusat Pelayan membolehkan anda berkongsi fail media daripada
cakera USB melalui direktori Pelayan Media, perkhidmatan
perkongsian Samba, atau perkhidmatan perkongsian FTP. Anda
juga boleh mengkonfigurasi tetapan lain untuk cakera USB dalam
Pusat Pelayan.
Menggunakan Pelayan Media
Penghala wayarles anda membolehkan peranti disokong DLNA
untuk mengakses fail multimedia daripada cakera USB yang
disambungkan ke penghala wayarles anda.
NOTA: Sebelum menggunakan fungsi Pelayan Media DLNA, sambung
peranti anda ke rangkaian 4G-AC68U.
Untuk melancarkan halaman tetapan Pelayan Media, pergi ke
tab General (Am) > USB application (Aplikasi USB) > Media
Services and Servers (Perkhidmatan Media dan Pelayan) >
Media Servers (Pelayan Media). Rujuk kepada yang berikut
untuk huraian medan:
Dayakan Pelayan iTunes: Pilih HIDUP/MATI untuk
mendayakan / nyahdaya Pelayan iTunes.
Dayakan Pelayan Media UPnP: Pilih HIDUP/MATI untuk
mendayakan / nyahdaya Pelayan Media UPnP.
Status Pelayan Media: Memaparkan status pelayan media.
Tetapan Laluan Pelayan Media: Pilih All Disks Shared
(Semua Cakera Dikongsikan) atau Manual Media Server
Path (Laluan Pelayan Media Manual).