User's Manual

Table Of Contents
50
Untuk menggunakan perkhidmatan Kongsi FTP:
NOTA: Pastikan anda menyediakan pelayan FTP anda melalui
AiDisk. Untuk butiran lanjut, rujuk bahagian 3.6.1 Using AiDisk
(Menggunakan AiDisk).
1. Dari panel navigasi, pergi ke tab General (Umum) > USB
application (Aplikasi USB) > Media Services and Servers
(Perkhidmatan dan Pelayan Media) > FTP Share (Kongsi
FTP).
2. Daripada senarai folder, pilih jenis hak akses yang anda ingin
tugaskan untuk folder khusus:
R/W: Pilih untuk menugaskan akses baca/tulis folder khusus.
W: Pilih untuk menugaskan akses tulis sahaja folder khusus.
R: Pilih untuk menugaskan akses baca sahaja folder khusus.
Tidak: Pilih pilihan ini jika anda tidak mahu berkongsi folder
fail khusus.
3. Jika anda lebih gemar, anda boleh menetapkan medan Allow
anonymous login (Benarkan log masuk tanpa nama)
kepada ON (HIDUP).
4. Dalam medan Maximum number of concurrent
connections (Bilangan maksimum sambungan serentak),
masukkan bilangan peranti yang boleh menyambung secara
serentak ke pelayan kongsi FTP.
5. Klik Apply (Guna) untuk mengesahkan perubahan.
6. Untuk mengakses pelayan FTP, masukkan pautan ftp
ftp://<hostname>.asuscomm.com dan nama pengguna dan
kata laluan anda pada penyemak imbas web atau utiliti FTP
pihak ketiga.