User's Manual

Table Of Contents
58
3.7.5 Tetapan
AiCloud 2.0 membolehkan anda menentukan dasar akses untuk
mengelakkan akses tidak dibenarkan, seperti serangan kamus.
Apabila hos cuba mengakses AiCloud dan melebihi bilangan
Maksimum cubaan log masuk yang gagal dalam tempoh yang
ditentukan, perkhidmatan AiCloud akan dinyahdayakan secara
automatik.
Lapisan Soket Selamat (SSL) ialah protokol yang menyediakan
komunikasi disulitkan antara pelayan dan pelayar web untuk
pemindahan data selamat, yang mengandungi kata laluan akses.
Pengguna mengakses portal web AiCloud menggunakan port
lalai, 443, melalui https. Penghantaran kandungan menggunakan
port lalai, 8082, melalui http.