User's Manual

Table Of Contents
71
multisiar atau klik Disable (Nyahdaya) untuk mematikan
penghantaran tunggal secara serentak.
Jenis Mukadimah: Jenis mukadimah mentakrifkan panjang
masa yang penghala luangkan untuk CRC (Semakan
Lewahan Kitar). CRC adalah kaedah mengesan ralat semasa
penghantaran data. Pilih Short (Pendek) untuk rangkaian
wayarles sibuk dengan trafik rangkaian tinggi. Pilih Long
(Panjang) jika rangkaian wayarles anda terdiri daripada
peranti wayarles lama atau legasi.
AMPDU RTS: Dalam 802.11n atau 802.11ac menggunakan
kaedah, A-MPDU, untuk mengumpulkan paket pendek ke
dalam paket panjang untuk alamat MAC yang sama. Apabila
peranti wayarles bersedia untuk penghantaran menghantar
RTS (Meminta untuk Dihantar). Selepas mendayakan AMPDU
RTS, setiap bingkai AMPDU menghantar dengan proses RTS.
Ambang RTS: Pilih nilai terendah untuk Ambang RTS
(Meminta untuk Dihantar) untuk memperbaiki komunikasi
wayarles dalam rangkaian wayarles sibuk atau bising dengan
trafik rangkaian tinggi dan pelbagai peranti wayarles.
Jarak Waktu DTIM: Jarak Waktu DTIM (Mesej Menunjukkan
Lalu Lintas Penghantaran) atau Kadar Isyarat Data adalah
jarak masa sebelum isyarat dihantar ke peranti wayarles
dalam mod tidur menunjukkan bahawa paket data
menunggu penghantaran. Nilai lalai adalah tiga milisaat.
Jarak Waktu Isyarat: Jarak Waktu Isyarat adalah masa
antara satu DTIM dan seterusnya. Nilai lalai adalah 100
milisaat. Rendahkan nilai Jarak Waktu Isyarat untuk
sambungan wayarles tidak stabil atau untuk peranti
perayauan.
Mendayakan Pecahan TX: Mendayakan Pecahan TX
memperbaiki kelajuan penghantaran di antara penghala
wayarles dan peranti 802.11g.
Mendayakan WMM APSD: WMM APSD(Penghantaran
Jimat Kuasa Automatik) adalah peningkatan untuk mod jimat
kuasa legasi. Dayakan WMM APSD, AP wayarles mengurus
penggunaan radio untuk membantu meningkatkan hayat
bateri untuk klien wayarles berkuasa bateri, seperti telefon
pintar dan komputer riba. APSD berubah secara automatik
untuk menggunakan jarak waktu isyarat lebih panjang
apabila trafik tidak memerlukan jarak waktu pertukaran
paket pendek.