User's Manual

Table Of Contents
74
5. Dalam medan IP Pool Ending Address (Alamat Penamatan
Perkhidmatan IP), masukkan alamat IP penamatan.
6. Dalam medan Lease Time (Masa Pajakan), tentukan dalam
saat bila alamat IP yang diberikan akan tamat tempoh. Sebaik
sahaja ia mencapai had masa ini, pelayan DHCP kemudian
akan memberikan alamat IP baharu.
NOTA:
Kami mengesyorkan anda menggunakan format alamat IP
192.168.1.xxx (di mana xxx boleh menjadi sebarang nombor antara 2
dengan 254) apabila menentukan julat alamat IP.
Alamat Permulaan Perkhidmatan IP tidak boleh lebih besar daripada
Alamat Penamatan Perkhidmatan IP.
7. Dalam bahagian DNS and Server Settings (Tetapan DNS
dan Pelayan), masukkan alamat IP Pelayan DNS dan Pelayan
WINS jika diperlukan.
8. Penghala wayarles ada juga boleh menugaskan alamat IP
kepada peranti pada rangkaian secara manual. Pada medan
Enable Manual Assignment (Dayakan Tugasan Manual),
pilih Yes (Ya) untuk menugaskan alamat IP ke alamat MAC
khusus pada rangkaian. Sehingga 32 alamat MAC boleh
ditambah pada senarai DHCP untuk penugasan manual.