User's Manual

Table Of Contents
78
Enable NAT (Dayakan NAT): NAT (Terjemahan Alamat
Rangkaian) adalah sistem di mana satu IP awam (IP WAN)
digunakan untuk memberikan akses Internet ke klien
rangkaian dengan alamat IP peribadi dalam LAN. Alamat IP
peribadi setiap klien rangkaian disimpan dalam jadual NAT
dan ia digunakan pada paket data masuk penghala.
Enable UPnP (Dayakan UPnP): UPnP (Universal Plug and
Play) (Palam dan Main Universal) membenarkan beberapa
peranti (seperti penghala, televisyen, sistem stereo, konsol
permainan dan telefon selular) untuk dikawal melalui
rangkaian berasaskan IP dengan atau tanpa kawalan pusat
melalui get laluan. UPnP menyambungkan PC semua
betuk faktor, memberikan rangkaian tak berkelim untuk
konfigurasi jauh dan pemindahan data. Menggunakan UPnP,
peranti rangkaian baru ditemui secara automatik. Apabila
bersambung ke rangkaian, peranti boleh dikonfigurasikan
untuk menyokong aplikasi P2P, permainan interaktif,
persidangan video dan web atau pelayan proksi. Tidak
seperti Pemajuan Port, yang melibatkan konfigurasi tetapan
port secara manual, UPnP mengkonfigurasi penghala
secara automatik untuk menerima sambungan masuk dan
mengarahkan permintaan ke PC khusus pada rangkaian
setempat.
Connect to DNS Server automatically (Menyambung
kepada Pelayan DNS secara automatik): Benarkan
penghala ini untuk mendapatkan alamat IP DNS daripada
ISP secara automatik. DNS adalah hos pada Internet yang
menterjemahkan nama Internet ke alamat IP angka.
Authentication (Pengesahan): Item ini mungkin ditentukan
oleh beberapa ISP. Semak dengan ISP anda dan isikannya
jika diperlukan.
Host Name (Nama Hos): Medan ini membenarkan anda
untuk memberikan nama hos untuk penghala anda. Biasanya
ia adalah keperluan istimewa daripada ISP anda. Jika ISP
anda diberikan nama hos kepada komputer anda, masukkan
nama hos di sini.
MAC Address (Alamat MAC): Alamat MAC (Kawalan
Capaian Media) adalah pengecam unik untuk peranti
perangkaian anda. Beberapa ISP memantau alamat MAC
peranti perangkaian yang bersambung ke perkhidmatan
mereka dan menolak mana-mana peranti yang tidak dikenali
yang mencuba untuk bersambung. Untuk mengelakkan isu
sambungan disebabkan alamat MAC yang tidak didaftar,
anda boleh: