User's Manual

Table Of Contents
80
4. Untuk mengkonfigurasi sambungan jalur lebar mudah alih
anda:
1) Pada medan Network Type (Jenis Rangkaian), pilih
rangkaian utama anda:
Auto (Lalai): Pilih Auto untuk membenarkan penghala
wayarles memilih saluran yang mempunyai sambungan
tersedia dari rangkaian 4G atau 3G.
4G only (4G sahaja): Pilih pilihan ini untuk
menyambung penghala wayarles secara automatik ke
rangkaian 4G sahaja.
3G only (3G sahaja): Pilih pilihan ini untuk
menyambung penghala wayarles secara automatik ke
rangkaian 3G sahaja.
2) Jenis PDP: Penghala wayarles menyokong beberapa Jenis
PDP, PPP, IPv4, IPv6, IPv6toIPv4.
3) Jalur LTE: Medan ini membolehkan anda memilih jalur LTE.
4) Perayauan: Apabila anda melancong ke negara lain,
anda boleh menggunakan SIM asal untuk mengakses
rangkaian setempat jika pembekal ISP anda menyediakan
perkhidmatan perayauan di negara tersebut. Dayakan
fungsi ini untuk membolehkan anda mengakses rangkaian
setempat.
Klik Scan (Imbas) untuk menunjukkan semua rangkaian
mudah alih yang tersedia.
Pilih rangkaian mudah alih yang tersedia dan klik Apply
(Guna) untuk menyambung padanya.